Benarkah Islam boleh menjadi agama yang utama di Russia?
Mengikut kajian yang telah dijalankan, menjelang tahun 2050 Islam bakal menjadi agama utama berikutan kadar kelahiran yang tinggi di kalangan penduduk Islam republik itu.
Buat masa ini, kawasan Timur Jauh Russia kian menimbulkan kebimbangan bagi Kremlin, selain kadar kelahiran di wilayah lain negara itu turut mencetuskan masalah lain.
Jelasnya, penduduk Islam berkemungkinan besar menjadi komuniti paling besar di pertengahan abad ini dan disebabkan itu, agama kita ini mempunyai peluang untuk muncul sebagai agama rasmi di Russia.
Menurut pakar sains politik Ukraine, Valery Chaliy dan Mikhail Pashkov, perkembangan itu adalah antara cabaran yang perlu dihadapi Russia pada dewasa ini. Islam kini agama merupakan agama kedua paling dianuti secara meluas di Russia.
Terdapat banyak bukti mengenai penerimaan Islam di Russia sejak 1990-an. Misalnya bilangan penduduk Islam yang menunaikan haji meningkat mendadak selepas sekatan era Soviet berakhir pada 1990.



salam, pertama kali singgah di sini. Tertarik dengan entri ini, kerana saya sedang menuntut di Russia kini. Apa yang anda katakan itu ada benarnya, Islam sedang berkembang di bumi komunis ini. Minggu lepas saya ke masjid untuk membeli sedikit daging dan ternampak jualan buku menceritakan tentang penduduk muslim di sini, sejarah mereka serta cita-cita dan harapan mereka. Oh ya, di Russia juga mempunyai universiti Islam, yang dinamakan Rosiskii Islamskii Universitet (Russian Islamic University) yang terletak di Kazan.