jump to navigation

APAKAH ITU RHEUMATOID ARTHRITIS? April 3, 2009

Posted by sangmentari in Kesihatan.
trackback

rheumatoid arthritis affecting handsHARI ini saya ingin berkongsi satu lagi maklumat baru buat semua pembaca. Sudah lama tidak menulis tentang kesihatan. Ya, pernah dengar rheumatoid arthritis? Ha, mungkin ada yang telah biasa mendengarnya. Buat yang pertama kali menerima ungkapan ini, mari kita ambil tahu. Apa itu rheumatoid arthritis?

Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini.

Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Apa punca penyakit ini? Punca utama penyakit ini masih belum dikenal pasti secara tepat. Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas autoimun. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.

Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini ya? Terdapat beberapa kriteria dan simptom yang boleh dikenal pasti untuk mengesahkan penyakit rheumatoid arthritis. Tanda-tanda awal ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran sinovial (synovial membrane) dan tisu penyambung.

Pesakit biasanya akan mengalami sakit pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi tangan, kaki dan pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun dari tidur. Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan (symmetrical affection). Penyakit  akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira-kira enam minggu.

Diagnosis juga boleh dilakukan dengan melakukan beberapa siri ujian. Ujian rheumatoid factor kebanyakannya didapati positif disamping meningkatnya juga nilai C-reactive protein (CRP) dan erythrocyte sedimentation rate (ESR), Sinaran x (x-ray) yang dijalankan juga mendapati berlakunya hakisan (erosions) pada sendi dan bahagian tulang yang terlibat.

x-ray ke atas pesakit normal dan pesakit rheumatoid arthritis

Macam mana pula dengan kesannya penyakit ini terhadap organ-organ lain? Ya, rheumatoid arthritis juga biasanya mengakibatkan kekeringan mata (keratoconjunctivitis sicca) disamping munculnya nodul-nodul pada bahagian anggota yang biasa dikenakan tekanan (extensor surface). Pada sesetengah kes, organ-organ lain seperti paru-paru dan jantung juga akan terlibat sama.

Baiklah, bagaimana pula dengan langkah merawatnya. Langkah paling mudah ialah banyakkan berehat. Lakukan latihan fisioterapi. Ubat-ubatan juga boleh diambil mengikut arahan doktor. Kebiasaannya ubat yang diberi ialah analgesics dan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) bagi melegakan simptom-simptom penyakit. Kaedah pembedahan akan dilakukan selepas langkah lain seperti ubat-ubatan yang diambil tidak berkesan.

Mengikut Peter C. Lanyon, Consultant Rheumatologist, University Hospital, Queen Medical Centre Nottingham, UK, sebanyak 40% pesakit akan dikategorikan sebagai mengalami kelumpuhan atau cacat anggota dalam masa 3 tahun. 80% pula akan mengalami kelumpuhan tahap sederhana dan teruk dalam masa 20 tahun.

Selamat membaca. Semoga semua beroleh manfaat bersama.

Komentar»

1. PermataNusantara - April 4, 2009

SangMentari…

Pertama kali saya membaca tentang penyakit ini…info yang menarik….moga menjadi doktor yang hebat nanti (^_~)….hurm…ulser mulut juga disebab kan tindakbalas autoimum kan…(buat2 tak tahu pula PermataNusantara)…..(^_^)

p/s: Laman SangMentari sudah berwajah baru ya….

sangmentari - April 4, 2009

Permata Nusantara, ulser mulut itu juga mungkin perlu dimuhasabahkan semula. Takut-takut disebabkan terkena tulahan orang.

p/s SangMentari sedang mencari sedikit angin baru. Moga ditemukan tuhan… ameen.

2. PermataNusantara - April 4, 2009

SangMentari,

owh…begitu ya…mungkin ulser itu disebabkan banyak faktor selain faktor autoimun seperti faktor tulahan orang….harap-harap nanti sang mentari boleh menulis buku baru bertajuk ‘apa punca ulser mulut’ ya…pasti saya menjadi pembaca pertama….hehe…

p/s: SangMentari ada tulah kah???pasti sudah ada mangsanya…sungguh kasihan….(*_@)

sangmentari - April 4, 2009

Mungkin kamu boleh berikan saya idea tambahan tentang punca penyakit tersebut nanti ya. Panel penilai barangkali. Kamu lebih arif bukan.

p/s Tulah SangMentari? Aduh.. manusia harus akur pada kemampuan diri. Manusia seperti saya pasti saja belum punya tulah..

3. syuhada - April 4, 2009

salam sang mentari…

saya ingin bertanya sesuatu. adakah seseorang yang mengalami penyakit ini mempunyai peluang untuk sembuh sepenuhnya seperti sediakala setelah membuat latihan fisioterapi dan mengambil ubat-ubatan? Adakah rasa2 kebas ditangan selepas bangun dari tidur juga merupakan salah satu simptom penyakit ini atau hanya kerana perjalanan darah yang kurang lancar ketika itu?

p/s: suka membaca artikel2 seperti ini…banyak informasi yang boleh diperoleh…syukran ya ezairy..

sangmentari - April 4, 2009

Terdapat beberapa kriteria khusus sebelum mengesahkan penyakit ini. Sekurang-kurangnya perlu ada 4 ciri seperti di bawah ini:

1) Inflamasi sendi pada 3 atau lebih sendi.
2) Inflamasi pada sendi-sendi tangan(jari)
3) Simptom lebih dialami pada waktu pagi, sekurang-kurangnya sejam.
4) Ujian Rheumatoid Faktor positif.
5) Wujud nodul rheumatoid terutama di anggota yang biasa dikenakan tekanan. (extensor surface)
6) Simptom berlarutan melebihi 6 minggu.
7)Melibatkan kedua-kedua bahagian anggota yang sama(symmetrical)
8) X-ray yang mengesahkan penyakit ini.

p/s Syuhada, rasa kebas-kebas pada waktu bangun pagi itu fisiologi biasa saja. Tak perlu dirisau ya…

4. yEm^^ - April 6, 2009

erm… saya nak tanya…

orang yang suke patah2kan jari sampai berbunyi (betul ke istilah nie???) turut menyumbang untuk dapat arthritis ke??

sangmentari - Mei 25, 2009

Patahkan-patahkan jari itu sekadar mahu menghilangkan lenguh pada sendi sahaja. Tidak termasuk dalam faktor penyumbang ke arah arthtitis. Boleh rujuk pada mana-mana ruangan kesihatan ya untuk lebih maklumat.

p/s maaf komen kamu ini lambat dipaparkan. Saya terlepas pandang menyemak pada ruangan spam.

5. damai - April 6, 2009

salam buat seorang doktor…

waktu mula2 kenal tentang sakit2 sendi ni,Damai cukup pening…lebih2 lagi bila kena buat Differential Diagnosis antara RA,OA,Rheumatic fever.gout etc etc….tapi,sekarang,alhamdulillah sudah boleh dibezakan sakit2 itu…

moga kamu menjadi seorang doktor yang disayangi pesakit nanti…ameen ^^

sangmentari - April 6, 2009

Terima kasih Damai. Semoga kita sama-sama menjadi doktor yang berjaya, menyumbang untuk masyarakat dan disayangi mereka… insyaallah.

p/s Ya, semua disease yang kamu sebutkan itu mempunyai beberapa simptom dan ciri yang hampir serupa. Silap sedikit, tentu lari diagnosisnya.

6. rubiah md noh - Disember 17, 2009

Salam, saya ada penyakit RA. Melalui ujian darah terbaru RA saya 32. Sekarang ini saya sukar untuk berjalan kerana sendi kaki saya sakit sangat. Apa patut saya buat