jump to navigation

SI TUDUNG LABUH, SI TUDUNG KONTOT, MANA HARUS DIPUJA? April 20, 2009

Posted by sangmentari in Sembang Petang.
Tags: , , ,
trackback

si tudung labuh atau si tudung kontot?

SETINGGI-TINGGI ukhwah adalah melebihkan saudaranya. Serendah-rendah ukhwah pula adalah bersangka baik. Itu sabda nabi. Pernah dengar bukan? Bukan pernah dengar, malahan selalu pun dengar.

Jadi, persoalannya ialah di manakah letaknya kita? Baikkah kita ini? Atau adakah kita sememangnya dajal nombor satu di alam ini?

Ha, biarlah sepuluh orang kata kita jahat. Lantaklah andainya seratus orang pun mengatakan kita syaitan iblis, namun selagi mana kita tahu siapa yang bernama diri, itu tidak salah.

Tahukah anda berapa ramai anak muda diluar sana yang berstatus dajal tapi mengaku ustaz? Mengaku alim. Mengaku baiklah pendek ceritanya.

Mungkin ramai yang menegur dan bersangka buruk kepada rakan kita yang bertudung biasa saja. (Maksud saya, bertudung biasa atau kontot ini menutup juga bahagian dada ya). Jangan ada salah sangka! Sedangkan mereka yang bertudung labuh itu pula dipuja-puja, didamba-damba setinggi langit.

Namun, adakah itu suatu jaminan untuk kita melabel yang bertudung labuh itu lebih baik dari yang bertudung biasa? Bolehkah begitu? No komen.

Pada saya, peribadi seseorang itu usah dinilai pada luaran sahaja. Mungkin ada yang diluar sana bertudung biasa-biasa sahaja, namun hatinya lebih bersih, jiwanya lebih suci dari yang berpurdah. Mungkin sahaja ya. Jangan ada yang melenting sebaik membaca tulisan saya ini. Tak wajib betul, harus ada salahnya. Nak mengkritik? Silakan.

Justeru anda bagaimana? Mahu berburuk sangka? Mahu? Fikirlah sendiri. Masing-masing punya akal, punya minda yang hebat-hebat. Usah persiakan anugerah itu.

Ingat ya, “Don’t judge a book by its cover”.

Tapi nilailah pada hatinya. Selamat berfikir!

Komentar»

1. puding caramel - April 21, 2009

erk..salam sang mentari..

takutlah nak komen di entri ini.
apa pun, secara umum,
tidak memberatkan sesiapa
saya secara peribadi
tidak berapa gemar membaca tulisan seorang yang bergelar lelaki menulis dan mengagung seorang yg bertudung labuh seperti ’sejuk mata memandang segala” sebabnya, bukankah tujuan bertudung labuh itu untuk menjaga pandangan orang lain terhadap nya.

apa pun, jika dalamannya suci. akan terzahir di luaran juga. ^^

p/s: terima kasih. :)

Akhi Farid Rashidi - April 21, 2009

Saya cenderung untuk bersetuju pada ayat yang akhir kamu puding caramel. Iya, jika dalamannya suci akan terzahir di luaran juga.

Mana mungkin yang berpakaian tetapi telanjang itu dikatakan suci bersih sedangkan sudah terang lagi bersuluh dia melanggar syariat.

Alangkah bagusnya yang bertudung biasa suci bersih hatinya itu turut berpakaian labuh. Bukankah menambah suci mulus lagi murni.

Maafkan saya SangMentari. Untuk Ustaz sebegitu selagi tiada bukti saya mahu husnul zhon padanya. Bimbang tersalah sangka pula. Harapnya tiada nila yang merosakkan susu putih sebelanga itu.

Saya tidak memuja manusia, tetapi tabik pada yang berani mempertahankan syariat.

sangmentari - April 21, 2009

Salam dari manusia yang fakir..

Saya memang bukan selayaknya untuk membicarakan tentang hukum hakam agama. Sekadar perkongsian pendapat untuk difikirkan bersama.

Maaf ya akhi farid rashidi sekiranya ungkapan saya di atas menyinggung mana-mana pihak. Saya sedang berada di dalam dua kelompok dua manusia (2 bidang berbeza di Mesir ini). Saya juga berkesempatan menimba ilmu di dua sekolah aliran yang berbeza, di sekolah berlatar belakang agama dan juga sempat berkecimpung di sekolah biasa-biasa sahaja. Dua-dua pernah.

Berdasarkan pengalaman saya yang sememangnya cetek ini, saya melihat kedua-dua golongan ini punya ciri yang berbeza dan tersendiri. Tidak semestinya dari golongan A ini benar-benar A atau perfect, begitu juga sebaliknya. Sudah banyak pun saya temui selama ini. Saya rasa kamu pun pernah temukannya, akhi.

Apa yang penting pada saya ialah niatnya. Teringat kata-kata Ya’kub Al-Makruf, “orang yang ikhlas ialah orang yang menyembunyikan kebaikannya, sebagaimana ia menyembunyikan kejahatannya”.

Maaf andai tulisan saya menimbulkan tidak senang. Ya, saya juga tidak memuja manusia, tetapi saya tabik pada yang berani mempertahankan syariat. Doakan saya ya, akhi.

2. fuad - April 21, 2009

salam…wah..org yg pakai tudung like kontot tu,sebenarnya diorg tidak tahu..nilai satu amalan tu…mcm smyg berjemaah jgk la…x taunilai amlantu..uuntuk itula,,usaha perlu digerakkan…

sangmentari - April 21, 2009

Terima kasih Fuad atas pandangan. Manusia memang belum cukup sempurna. Usah disangkal pada setiap kekurangannya. Apa yang penting ialah usaha ke arah kebaikan.. insyaallah.

3. iliana - April 21, 2009

aduhh~ saya juga pernah menulis entri seakan-akan ini…sukar sekali nak menilai..cumanya, saya terfikir dari ayat ini:

jika dalamannya suci akan terzahir di luaran juga

1. jika yang bertudung kontot (nama arwah kucing saya hehe)itu mungkin sebab dalamannya masih belum cukup suci. jadinya, kita boleh menilai yang dia itu ‘jahat’ (contohnya) sebab memang dah nampak dari luaran.

2. bagaimana pula dengan yang bertudung labuh? adakah buat mereka ini, kita harus letakkan ayat ‘zahir yang baik akan suci juga pada batinnya’ bagi mereka yang berselindung disebalik tudung itu?

hurmm…saya ni seolah-olah saja pula memeningkan diri sendiri walaupun dah tahu mana benar mana salahnya. saya cuma menitip kata yang terlintas sahaja ya. dunia ini pentas lakonan kita, maka apakah itu diri mereka atau watak skrip yang dibawa secara sengaja, wallahualam min sawaf~

mungkin harus ditengok kepada mereka yang bertudung tapi berlengan kontot atau yang bertudung tapi berjambul tinggi menggunung (ya, itu pemimpin-pemimpin wanita negara kita) – cukup saya tak faham apakah motif jilbab itu di atas mahkota mereka..

sangmentari - April 21, 2009

Yang terang-terangan melakukan dosa itu, andainya mahu dikiritik tidak mengapa, iliana. Sudah jelas jambul di depan tidak ditutup. Apa hendak disangkal lagi bukan.

Namun, yang saya persoalkan di sini ialah mereka yang jelas menutup aurat, cuma mungkin caranya saja berbeza (tidak bertudung labuh).

Apakah layak kita sebagai manusia untuk menilai hati mereka dari luaran?

4. puding caramel - April 21, 2009

saya rasa, maksud sang mentari mungkin begini,
seringkali orang memandang seorang yang bertudung tidak labuh itu kurang baiknya dari bertudung labuh.

jadi beliau mahu membetulkan satu persepsi di mana tidak semestinya yang bertudung tidak labuh itu tidak baik akhlaknya. manusia sentiasa belajar untuk merubah dirinya untuk menjadi semakin baik.

tapi macam saya kata di atas, kalau suci dalamannya. tak mustahil yang bertudung kontot atau tidak, secara automatis menzahirkan sesuatu yang baik dari semasa ke semasa. dalam kurungan: kontot=menutup dada. tapi bunyi kontot macam pakai skarf saja pula.

“dont judge a book by its cover.” itukah maksudnya?

p/s: saya cuba mentafsir. tunggu penjelasan penulis.

sangmentari - April 21, 2009

Terima kasih atas tafsiran kedua kamu, puding caramel yang lebih tepat.

Ya, maksud penulisan saya ialah jangan ada antara manusia yang mudah bersangka buruk pada manusia lain. Sedangkan diri sendiri belum tentu sempurna.

Apakah bertudung biasa-biasa itu (menutup juga bahagian dada ya) dikira berdosa? Adakah bersangka buruk itu pula tidak dikira salah… Aduh, harap difikirkan bersama…

p/s Ibu saya juga seorang ustazah. Beliau juga memakai tudung labuh. Juga memakai tudung biasa-biasa. Mengikut waktu dan keadaan. Tidak menjadikan kewajipan untuk bertudung labuh. Baginya selagi amalan itu tidak melanggar syariat, tidak ada salahnya

5. sinar - April 21, 2009

mmm…takut jga nk komen ya..
but cuma beginilah..apa2 pun pakai tudung yg lebih baik itu dilabuhkn..spertinya mahu grade A1 mcm tu la kita kejar..
cuma persoalnnya kerana apa kita pakai..
kalau memenuhi syariat dan sedar.. Alhamdulillah
tpi kalau ada extra niat..supaya kelihtn cantik, anggun segala..
kena check blk..ni luahn pada diri sendiri..hati itukn mudah bolak balik..even pakai tdg labuh pun ade ujiannya..kalau pakai tudung lain pun ade ujiaannya..bawalnya..pashminanya..dalam berhias pun ada hukumnya bukan..

ramai yg tahu tapi MAHU itu sering jadi persoaln..
mungkin samar2 apa ana kata ni..entahla..tak mahu memberat ke mana..sbb dua2 golongan ini kawan ana..mereka harus diberi peluang islah diri..so tggjwb sapa..kita juga..ada yg kita lebih deme topupkan..ade yg kita lebih kita bantu..tarbiyah itu kan makan masa..dua2 golongan harus diberi peluang utk menjadi hamba yg baik…

dan yg penting SEDAR kenapa bertudung..kalau sedar sure mereka akn cari yg TERBAIK…

sangmentari - April 21, 2009

Saidina Umar pernah berkata bukan, “Barangsiapa yang ikhlas niatnya, nescaya ia dicukupkan oleh Allah di antaranya dan manusia.”

Pandanglah sesuatu itu jauh ke dasar hati. jangan menilai pada luaran.

p/s Saya harap tidak ada yang cepat bersangka buruk selepas ini.

6. sinar - April 21, 2009

then kalau lah seperti apa yg ditafsirkn puding caramel..
ya..kekadang manusia tak sama seperti apa yg dizahirkn kerana hatinya masih tidak SEDAR..

kalau dia FAHAM, SEDAR, pasti smua akan cari yg terbaik
terigt penulisn abu saif..tudng itu satu proses untuk menjadi baik..tapi tak semestinya dgn bertudnug org itu jadi baik..
bila kita sebut proses..maka dia makan masa dan memerluknh bimbingan..ramai yg slh konsep..hingga timbul isu..yg pakai tudung tu jahat, suka mengumpat..baik aku tak yah pakai tudung sbb hati aku baik..mungkin sama2 perlu renungkn..apa2 hidayah itu milik Allah.Ya Rabb pelihara diri ini…wallahu3alam

sangmentari - April 21, 2009

Ya, Sinar. Hidayah itu milik Allah. Hanya Dia yang berhak untuk memberikan hidayahnya. Apa yang penting manusia perlu sedar matlamat menutup aurat itu. Barulah setiap amalan itu ada ikhlas dan tempatnya di sisi Allah SWT.

7. PermataNusantara - April 21, 2009

salam buat sang mentari dan semua yang memberi ulasan..

saya yakin dan optimis maksud sang mentari sekadar ingin membetulkan persepsi masyarakat bahawa jangan dianggap wanita bertudung biasa itu (maksud sang mentari masih menutup dada..bukan yang jenis trend yang serupa artis dan menteri2)akhlaknya rendah…sebaliknya sang mentari cuba untuk mendidik kita semua supaya bersangka baik selalu kepada sesiapa sahaja……bukan niat beliau untuk mengatakan yang diluar sana ramai mengaku ustaz tetapi tidak baik tingkahnya….tetapi sekadar mahu memberi perumpamaan yang sebaliknya juga…..iaitu ‘wanita bertudung biasa tak semestinya jahat’……….

ibu saya bertudung biasa, tapi tidak pernah saya nampak cela pada dirinya….bahkan dialah menjadi contoh dan ikon pada anak-anak….dialah jururawat untuk abah yang sakit….dia lah penasihat unggul selain abah…dialah yang mendidik saya sehingga ke tahap ini…segala-galanya dia…TAK KENAL MAKA TAK CINTA…..oleh itu kenalilah hati dahulu….barulah menilai…

sehingga satu tahap seorang kawan menyatakan pada kekasihnya…

‘kamu tak layak mendidik anak-anak saya….bertudung labuh itu lebik baik untuk dijadikan isteri dan ibu…..

wah…jika ibu saya yang mendengarnya..pasti dia merasa dia seorang ibu yang gagal walaupun ketujuh-tujuh orang anaknya kini membesar dengan sempurna dan berjaya dalam bidang masing2…hanya kerana dia bertudung biasa…ya..memang tiada salahnya….bertudung labuh itu memang bagus dan tak salah dipuja….tapi jangan di pandang hina pada bertudung biasa…..pengalaman silam saya banyak mengajar tentang dua kategori ini…..bersangka baiklah selalu…..

p/s: maaf ya sang mentari…jika komen ini sedikit bersulam emosi..hehe..mungkin terlalu banyak kerja kebelakangan ini….(^_^)

sangmentari - April 21, 2009

Buat Permata Nusantara,

Terima kasih kerana bijak menangkap apa yang saya sampaikan. Ya, saya kecewa kenapa ramai manusia dan golongan yang cepat menempelak dan menyangka buruk pada sesetengah golongan.

Tidak semestinya yang bertudung biasa itu dikira jahat. Selagi memenuhi tuntutan syariat, saya tidak nampak ada salahnya di situ.

p/s Apakah baik jahatnya seseorang itu dinilai pada pakaian sahaja. (Namun, andainya terang-terangan tidak menutup aurat memang patut kita menempelak, tapi bukan kepada golongan yang saya maksudkan di atas).

8. Nooreena - April 21, 2009

Assalamualaikum wrt

Hm.. topik yang agak panas! Baik yang bertudung labuh mahupun bertudung tidak labuh (kurang gemar perkataan kontot itu), jangan dilupa yang mereka itu manusia biasa, bisa melakukan kesilapan pada bila-bila masa. Nasihat dan doa, itu kunci utama. Bersangka baiklah pada semua!

PS: Puja hanya pada-Nya.
PS2: Permata Nusantara, meh sini no telefon kawan kamu tu. Saya nak ajar dia! >.<

sangmentari - April 21, 2009

Saya juga puja padaNya. Bukan pada manusia.

p/s apa yang penting di sini ialah bersangka baik dan ikhlas. jangan pantas melabel seseorang dengan gelaran yang tertentu.

Teringat saya ungkapan dari Abu Ya’kub As-Susi, “kehendak Allah dari amal seseorang makhluknya ialah keikhlasan.”

Sama-samalah kita beringat.

9. iliana - April 21, 2009

maaf ya Sang Mentari..saya juga pernah menulis entri sebegini..dan memang saya akui sukar untuk menyampaikan apakah isi hati yang sebenar..ianya terlalu fleksibel, tak mampu diseragamkan dengan semua akal manusia yang ternyata berbeza..

wahh~ bukankah kamu sedang terluka, mengapalah menulis entri tajam begini..takut semakin parah pula hehe~ take a good care (^_^)/

p/s : permata nusantara : suka sekali saya dengan komentar kamu..

sangmentari - April 21, 2009

Oh, terima kasih iliana kerana turut memahami. Setiap manusia punya pandangan. Bagi saya, jangan terlalu membaca seseorang pada luaran. Cantik dan indah luaran belum tentu dalamannya begitu. Itu matlamat saya. Jangan ada salah faham.

p/s insyaallah, luka itu semakin sembuh, biasalah datang dan pergi.. doakan ya

10. cacimp0k0D0t - April 22, 2009

panas sekali isu ini ya sang mentari ;) hmm, selagi mana seorang wanita memenuhi tuntutan agama dr segi menutup aurat lebihnya paras dada, tidak bertabarruj insya Allah dari segi itu, kita tak layak utk menilai selebihnya, Allah yang maha tahu.Jarang saya dengar lelaki yg boleh tulis isu ini dengan pandangan sebegini..hihi. mak saya pun begitu juga, memakai tudung bulat atau tiga segi mengikut keadaan,asalkan memenuhi tuntutan islam menutup aurat. kalau yg berada di negara barat pun, perlu juga mengikut keadaan dan keselesaan tapi yang wajib mesti didahulukan.

sangmentari - April 22, 2009

Saya menulis atas kesedaran mahu melihat semua manusia dan seluruh masyarakat mengenepikan tanggapan negatif terhadap sesetengah golongan. Pada masa sama, usah terbuai dek keindahan pada luaran setiap manusia itu. Tapi, nilailah dulu pada hatinya.

Ya, bertudung labuh itu tentu lebih mulia dari yang lainnya. Bukan itu saya persoalkan. Saya sendiri akuinya. Yang saya ujarkan di sini ialah sikap mudah membuat tanggapan negatif dan bersangka buruk setiap antara manusia.

Siapa kita mahu menilai hati mereka?

11. suriapelangi - April 25, 2009

salam ya ezairy,

tajuk ini pernah juga menjadi perbincangan hangat saya dan rakan2. sebenarnya untuk menentukan seseorang itu baik ataupun tidak adalah dari ketakwaannya bukan dari pemakaiannya. jikalau kita lihat pada masa sekarang, ada yang bertudung labuh kerana ia bertujuan untuk mencuri (memasukkan semua barang yang dicuri ke dalam tudungnya). ada yang bertudung ‘kontot’ tetapi peribadinya lebih mulia dari yang lain. hakikatnya adalah samada bertudung labuh atau bertudung ‘kontot’ adalah sama sahaja yang membezakan diantara mereka adalah sifat dan ketakwaan mereka. bagi yang bertudung labuh, adalah dengan niat untuk menyempurnakan lagi penutupan auratnya daripada pandangan luar. itu adalah yang digalakkan di dalam Islam. mengelakkan daripada pelbagai fitnah dan pandangan liar. janganlah bersalah sangka kepada mereka yang bertudung labuh. tetapi yang bertuduh labuh itu pula, janganlah memakai tudung labuh hanya bertujuan sesuatu yang tidak baik. janganlah menjadi seperti setitik nila, rosak susu sebelanga. tetapi hakikatnya hanya Allah Taala sahaja yang mengetahui sifat dan ketakwaan seseorang itu….. jadi kita sebenarnya tidak berhak untuk menilai baik buruk seseorang hamba Allah itu…kerana semua manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2…

sangmentari - April 26, 2009

Ya Suriapelangi, benar semua kata-kata kamu. Tuhan tidak memandang pangkat, darjat serta luaran setiap individu. Tapi dipandang pada niat, hati dan takwanya. Semua itu hanya Dia saja yang tahu. Manusia mana mungkin dapat membaca semua yang tersingkap di hati masing-masing.

12. ashiah - Mei 3, 2009

sekadar respon kepada apa yang dikomen sangpelangi dan kepada penulisan sangmentari…

‘wahai orang-orang yang beriman!jauihilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa…’-al-hujurat 12

‘…sungguh, yang mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. sungguh, Allah MAha Mengetahui, MAha teliti.’-alHujurat:13

tenang-tenanglah dalam berfikir kerana jawapan telah ada disisi Ilahi.

sangmentari - Mei 5, 2009

Terima kasih Ashiah atas pendapat. Ya, hanya Tuhan sahaja yang arif atas segala yang terlintas di benak anak adam.

p/s Selamat datang ke SangMentari. Teruskan ke sini ya.

13. run^nia in wonderland - Mei 8, 2009

hanya sekadar berkongsi…
mungkin ada yang tak bersetuju dgn pandangan saya.
pertama, saya ingin meminta maaf andai apa yg bakal saya kata kan menyinggung mana-mana pihak.
saya sendiri punya kawan dari dua golongan ini, dan saya sendiri bukan dr golongan yang bertudung labuh.
dari sudut pandangan dan penelitian saya yang penuh dengan kekurangan ini,kebanyakan kawan saya yang bertudung labuh itu punya akhlak yang terpuji dan sangat saya kagumi.
tapi ada segelintir kecil yang bertudung labuh tak begitu.dari sudut pemerhatian, mungkin sebelum ini pemakaian itu kerana kesedarannya dalam feqah dan bukan tauhid.
faham feqah dan faham tauhid itu adalah dua benda yang sangat berbeza.
bagi mereka yang faham tauhid, solat 5 waktu di rasa kan sangat manis kerana punyai jiwa di dalam nya, tapi bagi yang faham feqah sahaja, solat 5 waktu itu umpama satu ‘exercise’ sahaja.melakukan tanpa punya jiwa di dalam nya.tiada penghayatan dalam setiap rukun solat yang di lakukan.
ada juga sahabat saya yang pakai tudung labuh, kemudian kembali ke tudung yang bukan labuh seperti saya.untuk mengekalkan sesuatu yang baik itu bukan mudah,melain kan nawaitu itu benar-benar kerana Allah.
dan mungkin kerana itu lah, saudara terjumpa dengan “ustaz” dan “si tudung labuh” yang saudara cerita kan.
siapa lah saya utk menghukum mereka, kerana saya sendiri belum cukup sempurna seperti mereka.bagi saya,memakai tudung labuh itu sudah menampakkan usaha mereka dalam mengubah diri sendiri.
saya sendiri sedang cuba utk tidak “mengkontot” tudung saya =)

sangmentari - Mei 9, 2009

Terima kasih atas pandangan kamu run^nia..

Ya, tudung labuh sudah tentu dapat menggambarkan isi hati si pemakainya. Secara tidak langsung cara pemakaian itu juga dapat membentuk diri seseorang agar sesuai dengan gaya penampilan mereka. Suatu usaha yang amat baik.

Setiap yang diamalkan itu biarlah dipasak pada asas yang kukuh. Perlu tahu niat asal perlakuan itu.

p/s selamat datang ke sangmentari ya.

14. bakawali - November 4, 2009

salam..
dlu sy ada sorg kwn..
dia nasihati sy supaya pkai tdg labuh..
tp sy blm punya ckup kekuatan utk pkai tdg lbuh
sbb sy takut mberi tggapan buruk pd wanita lain y pkai tdg lbuh
sy bknlah org y suka bsosial
n kemana-mana pn bsama fmly atau kwn(perempuan)
fmly mmg xhalang cuma hati sy xckup berani..
sy bdoa agar suatu ari nt
sy akn selesa dgn tdg labuh
n sy bharap agr perubahan sy nt
akn berkekalan smpai bla2..
insyaAllah..