SAYANGMU PERINDU MALAM Ogos 26, 2009
Posted by sangmentari in Cerpen SangMentari.Tags: redha, cemburu, gadis, nafsu, Cinta
trackback

IMRON Mustafa bangkit dari tidur. Hari ini hari Jumaat. Cuti. Pastinya banyak aktiviti yang boleh dilakukannya. Pada hari-hari lain tentu sahaja masanya dihabiskan di kuliah-kuliah yang terpaksa dihadiri.
Imron amat gemar meluahkan segala rasa hatinya dengan menulis. Menulis sudah dikira sebati dengan jiwanya. Segala yang tersimpan akan diluahkan di blog laman maya tersebut.
“Perindu malam… aduh, unik nama itu. Tentu seistimewa pemiliknya,” getus Imron. Anak muda itu ternyata amat tertarik pada tulisan-tulisan yang dikarang oleh Perindu Malam. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berasa amat perlu untuk mengenali lebih rapat dengan gadis ini.
Semakin hari, Imron semakin berminat untuk mengenali Perindu Malam. Ya, Anisah Amirah namanya. Anisah merupakan mahasiswi sebuah universiti tempatan. Gadis itu terlalu tinggi budi dan nilai pekertinya. Terlalu sukar bagi Imron cuba untuk merapati.
Amirah agak mudah untuk diajak berkawan bersamanya. Namun, Imron tahu Anisah agak sukar untuk dirapati. Jauh sekali untuk lebih daripada itu. Melalui gaya perbualannya, Anisah masih sukar untuk difahami dan dibaca oleh Imron.
Sebaik mengetahui bahawa Anisah masih belum berpunya, Imron semakin beriya-iya untuk merapati gadis tersebut. Dapat atau pun tidak, itu soal nombor dua. Yang penting aku harus mencuba, Imron sering menyenangkan hatinya dengan kalimah-kalimah itu.
Secara diam-diam, Imron sudah menjadi pembaca setia di Perindu malam. Setiap untaian kata-katanya ternyata memukau Imron. Imron tersenyum sendirian.
Imron masih buntu untuk mengenali lebih rapat dengan gadis itu. Segala langkah mula diatur untuk merapati gadis tersebut. Sejujurnya, Imron sendiri masih tidak yakin untuk menambat hati Anisah. Anisah dilihat agak pemalu. Kekadang itu Imron menganggap Anisah terlalu sombong terhadap dirinya. Imron buntu.
10 Februari 1986
MALAM itu sepi. Hujan pada sebelah siang membuatkan malam lebih dingin. Angin bertiup lebih damai, tenteram dirasa. Imron mempercepatkan langkah ke Pasar Mutiara. Malam itu Imron bakal menemui srikandi yang diidam-idamkannya selama ini. Diam-diam, Imron telah jatuh cinta dengan gadis ini. Dan pelawaan daripada Anisah sesungguhnya hadir tepat pada masanya. Imran melangkah gesit.
Dari satu gerai ke satu gerai Imran melangkah. Masih tiada gadis yaang bernama Anisah. Sehinggalah kepada sebuah gerai menjual pakaian, Imran mula merapat. Dilihat dari jauh seorang gadis sedang duduk menyelunjur di kaki jalan. Pandangan pertama itu benar-benar menggugah naluri. Pandangannya masih tertancap ke arah itu. Ayu matanya seakan membutakan pandangan anak muda itu sejenak. Imran tersentak.
“Err… awak Im ya?”
“Oh ya… saya Im. Anisah… Anisah Amirah Binti Rostam?”
Gadis itu tersenyum, tunduk dan membetulkan aluran kain tudungnya. Imron bagaikan terpukau dek keindahan paras rupa wanita di hadapannya ketika itu. Degupan jantung seakan berhenti berdetak. Aliran darah seakan berhenti menyelirat ke seluruh tubuh. Imron menarik nafas panjang.
Malam itu Imron pulang dengan hati yang berolang-aling. Bolak-balik lantaran jiwanya yang tidak keruan. Entah mengapa pertemuan malam itu terlalu istimewa dalam hidupnya. Belum pernah dia melihat gadis seayu itu. Anisah Amirah benar-benar berjaya mencuri hatinya. Imron tersenyum sendirian.
26 Ogos 1986
KINI, hampir lapan bulan Imron mengenali gadis bernama Anisah. Ya, gadis ini amat istimewa. Tiada siapa yang mungkin mampu menandingi pekerti gadis ini. Memang Imron sering mengimpikan untuk diketemukan dengan gadis seanggun Siti Zulaikha dan semulia Siti Khadijah. Hari ini, segala yang diimpikannya sudah berada di depan mata. Rasa cinta dan kasihnya pada Anisah Amirah semakin menebal. Terlalu sukar untuknya melupakan gadis itu.
Imran terus mendongak ke langit. Butiran-butiran bintang terus bertebaran, mencerlang indah menemani malam sepi Imron.
“Semoga kau kekalkan rasa cintaku ini ke akhir hayatku Ya Tuhan. Satukanlah nyawa kami semata-mata keranaMu ya Allah, ya Rabb. Namun andainya jalan kasih ini bukan disandarkan semata-mata keranaMu ya Allah, maka sebaiknya Engkau jauhkanlah kami dengan dengan cara sebaiknya. Aku sandarkan cintaku ini kepadaMu ya Tuhan. Pemilik sekalian alam… Amin ya Rabbal Alamin…”
Imran lena di langgar rumah.


Bertuahnya, Im… hehe.. Salam Ramadhan
Salam ramadhan juga buat kamu, Hasnah.
semoga cinta Imron dan Anisah terus bersatu seperti 1 malaysia huhu~ amin~
Moga itu menjadi kenyataan. Sama-sama kita doakan… amin
salam ya sangmentari…
harap dapat menyambung cerita ini ya….apa yang berlaku seterusnya….berminat rasanya untuk mengetahui kesudahannya…..
p/s: semoga peribadi Siti Zulaikha dan Siti Khadijah sentiasa menyirami diri kita….
Insyaallah, ada kesempatan dan ruang akan saya sambung ceritanya di masa akan datang… terima kasih suriapelangi.
Indah sekali rentetan jalan ceritanya…bertuah Anisah dapat bertemu dengan Imron…moga Allah sentiasa tetapkan hati keduanya….moga Anisah bisa menjadi sayap kiri buat Imron..serikandi yang sentiasa menjadi tulang belakang kehidupan Imron….jadikan cinta itu pendorong kejayaan ya…Insyaallah…amiinnn…
p/s: Wah,saya komen seolah saya pula yang menulis cerita ini….(^_^)
Sememangnya indah dan unik setiap aturan jalan dari Tuhan sebagaimana Imron dan Anisah itu ditemukan. Bagaimana beruntung dan bertuahnya Anisah, begitu jugalah beruntungnya Imron ditemukan dengan Anisah Amirah. Moga Allah sentiasa memudahkan urusan mereka berdua dunia akhirat.
Lama sudah tidak menyinggah di sini.. Cerita best! Teruskan menulis ya Sang Mentari~ =D
Terima kasih Noreena singgah ke sini. Insyaallah, menulis juga salah satu saluran dakwah dan motivasi. Moga yang menulis dan yang membaca beroleh manfaat daripadanya.