jump to navigation

CANTIK SEBENAR SEORANG WANITA November 16, 2009

Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.
Tags: , ,
trackback

SEBAIK-BAIK wanita adalah yang menyejukkan mata, mendamaikan hati, menenangkan jiwa. Jangan tertipu dengan tipuan kecantikan paras rupa. Yang dikejar itu hanya sementara, sedang jiwa, peribadi yang dimiliki itulah yang kekal abadi.

Ungkapan wanita sering dikaitkan dengan kejatuhan dan kegagalan seorang lelaki. Ya, kerana wanita, seorang maharaja yang hebat akan sanggup menggadaikan kerajaannya. Kerana wanita juga, seorang pahlawan agung akan menjadi selemah-lemah manusia, hilang segala keperkasaan yang dimiliki selama ini. Mengapa semua ini terjadi?

Wanita sering menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Kerana itulah si kaum Adam ini mudah untuk tewas dengan kuasa mereka. Gagal menahan kekuatan yang selama ini telah sedia digenggam.

Yang cantik di luar itu belum tentu menjanjikan keindahan di dalam. Terkadang, si hitam kedam itu jugalah yang akan memberikan kebahagiaan abadi kepada kita kelak. Si gebu putih, mongel ayu bak si bidadari itu pula bakal menjerumuskan kita ke lembah kesesatan, kehinaan neraka jahannam!

Carilah mereka yang mampu membahagiakan kita dunia dan akhirat.

Ikut kata orang tua-tua, nasihat orang-orang berilmu, jika si Hawa itu mudah untuk tewas dengan pujukan dan godaan si Adam, mudah juga menyerahkan mahkota wanitanya kepada lelaki hatta kepada teman lelakinya sendiri, bukan itu ciri terbaik yang dimiliki oleh seorang wanita muslimah.

Iman dan pegangan agama perlu dipasak kukuh di dalam hati, dibajai dengan mapan dalam perlakuan seharian seiring dengan ciri-ciri kesopanan di dalam tingkah laku. Maka akan lahirlah seorang muslim dan muslimah yang benar-benar unggul.

Cantik pada mata manusia, indah pada pandangan Tuhan.

Komentar»

1. puding caramel - November 16, 2009

pesanan bermakna. cukup bermakna. terima kasih untuk peringatan.

sangmentari - November 17, 2009

Moga ramai lagi muslimah solehah yang terus lahir di akhir zaman ini.

2. run^nia in wonderland - November 17, 2009

seperti terpanah di diri
bingkisan hati yang sangat pendek tapi tepat dari sang adam
terima kasih, menyedar kan kami hawa ^_^

sangmentari - November 18, 2009

Sama-sama kita mengingati, Run^nia.