Makanan Beralkali Baik untuk Badan


MENGIKUT pengamal perubatan alternatif, untuk sihat kita perlu mengambil makanan dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali dan 20 peratus makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan daya ketahanan badan.

Namun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.

Selain makanan, ramai menyarankan kita minum air beralkali yang dikatakan antara cara mudah dan pantas untuk mengekalkan paras kealkalian badan. Darah manusia mempunyai pH sedikit beralkali iaitu antara 7.35 hingga 7.45 dan ini sebabnya kita digalak melebihkan pengambilan makanan atau minuman beralkali supaya fungsi darah tidak terjejas.

Menurut perunding pemakanan, Lim Ju Dee, gaya hidup moden yang mewah dengan pelbagai makanan beralkali, kurang bersenam dan banyak mengalami tekanan menyumbang kepada masalah asidosis iaitu badan menjadi berasid.

Makanan berasaskan haiwan dan minuman seperti kopi, teh (kecuali teh hijau), kola dan berkarbonat boleh menghasilkan lebih banyak asid dalam badan.

 Asidosis ialah keadaan di mana pH badan menjadi berasid yang boleh disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Tekanan (emosi, kerja, pelajaran, kewangan dan sosial)
  • Pencemaran
  • Gaya hidup tidak aktif
  • Pemakanan, terutama jika banyak mengambil makanan berasaskan haiwan, kopi, teh, minuman berkarbonat Kajian Universiti California di San Francisco ke atas 9,000 wanita mendapati, mereka yang ada masalah asidosis teruk berisiko tinggi untuk mengalami kehilangan tulang berbanding wanita yang mempunyai paras pH normal.Penyelidik percaya banyak kes keretakan tulang pinggul yang berlaku pada wanita ada kaitan dengan masalah badan terlalu berasid yang berpunca daripada pemakanan kaya sumber haiwan (daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu) serta kurang pengambilan sayur-sayuran.Katanya, apabila berasid, badan bertindak balas untuk mengurangkan keasidan melalui tiga laluan iaitu:
  • Buah pinggang — air kencing. Lebih banyak kita minum air (sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu setengah liter sehari) lebih baik kerana ia menyingkir bahan buangan yang boleh menjadikan darah berasid.  
  • Tulang — kehilangan kalsium. Jika tiada usaha mengurangkan paras keasidan dalam badan, badan mengambil kalsium daripada tulang untuk mengembalikan kealkalian darah ke paras normal.
  • Pernafasan — Apabila bernafas, kita mengeluarkan karbon dioksida daripada badan. Pengeluaran karbon dioksida menjadi lebih cepat dan teratur melalui senaman dan teknik pernafasan betul. Senaman yang mementingkan teknik pernafasan seperti yoga, tai chi dan qi gong sangat baik untuk diamalkan kerana ia juga menenangkan fikiran.

    “Bahagian berasid dalam badan kita ialah di perut. Perut menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai pH 3 untuk mencernakan makanan. Makanan yang dicerna kemudian dipindahkan ke usus kecil yang bersifat alkali. Ini sebabnya kita perlu mengambil lebih banyak makanan beralkali kerana makanan berasid boleh menjejaskan pencernaan,” katanya ketika pelancaran alat untuk memberi ion alkali pada air, iOsis MedKlinn.

  • Ion alkali yang terkandung dalam air minuman boleh memasuki sel untuk ‘membersihkan’ bahan berasid untuk menghalang keadaan asidosis berlaku. Minum air beralkali secara tetap mempunyai tiga manfaat iaitu:
  • Membantu mengurangkan berat badan (dengan melancarkan proses pencernaan)
  • Memperlahankan proses penuaan (dengan mencegah penyakit kerana penyakit antara faktor yang mempercepatkan penuaan badan)
  • Membantu mencegah penyakit kemerosotan organ seperti kencing manis “Konsep air alkali untuk penjagaan kesihatan bukan baru. Ia dipelopori penyelidik Jepun dari Universiti Shiga yang mendapati pH optimum untuk air minuman (untuk penjagaan kesihatan) ialah antara pH 8 hingga pH 9.5. Atas penemuan ini kerajaan Jepun membekalkan air paip beralkali kepada penduduknya sejak lebih 50 tahun lalu.

     Ia juga baik untuk wanita hamil kerana ketika mengandung, badan ibu kehilangan mineral alkali untuk disalurkan ke dalam uri bagi memastikan air ketuban sentiasa dalam keadaan beralkali kerana janin menghasilkan najis yang menyebabkan air ketuban berasid.

    “Keadaan ini berterusan selama sembilan bulan dan jika tiada langkah diambil, iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat, kesihatan ibu terjejas. Tahap keasidan tinggi dalam badan ibu menyebabkan mereka muntah atau mengalami mabuk hamil,” katanya.

    Selain air, ada cara lain boleh diamalkan untuk menjaga tahap kealkalian badan iaitu mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta mengurangkan makanan berlemak dan berkalori tinggi, terutama yang bergoreng. Jumlah disarankan ialah lima hidangan sayur dan buah sehari dengan memberi tumpuan terhadap sayur-sayuran berdaun hijau.

    Ini kerana sayur-sayuran hijau mengandungi enzim, mineral, antioksidan dan bersifat alkali. Enzim dalam tumbuh-tumbuhan penting untuk mencegah kanser dengan merangsang dan membantu sel darah putih memusnahkan sel tidak normal ini.

    Secara umumnya individu mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu melebihkan makanan beralkali kerana makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah pembekal tunggal semula jadi vitamin dan mineral diperlukan badan.

    Pada masa sama kurangkan pengambilan minuman seperti kola, soda, minuman berkarbonat dan sukan, teh, kopi dan alkohol yang semuanya bersifat berasid. Segelas kola yang mempunyai pH 2.5 memerlukan 32 gelas air untuk menjadikannya neutral.

  • SUMBER

    About these ads

    25 Responses to Makanan Beralkali Baik untuk Badan

    1. Culat berkata:

      Salam Doktor..

      Bagaimana pula dengan pengambilan epal hijau secara kerap dalam diet harian? adakah menberi kesan terhadap pH dalam tubuh badan? (^__^)

      • sangmentari berkata:

        Salam Culat,

        Epal hijau ternyata amat baik untuk kita. Ia mengandungi vitamin C, fiber dan bahan antioksidan. Pengambilan epal hijau dapat mengurangkan risiko kanser, mengurangkan kolesterol dalam badan, dan sebagainya.

        Pengambilan epal khususnya epal hijau ini juga seeloknya diambil secara ‘fresh’ ya, tanpa membuang kulitnya kerana sejenis bahan iaitu flavonoids terkandung kususnya di bahagian kulitnya. Flavonoids ini menyimpan pelbagai khasiat epal seperti anti kanser dan anti inflamasi.

        • haahh berkata:

          salam doktor, macam mana pula dengan khabar yang mengatakan penjual meletakkan selapis lilin di atas epal supaya epal tu nampak segar? saya dah pernah cuba mengikis lapisan kulit epal tu & memang ada sesuatu yang jernih macam lilin. terima kasih :)

    2. anas berkata:

      salam..
      apakah makanan yang dapat membantu meningkatkan sel darah putih dalam badan?
      teman saya mengahadapi maslah kekurangan sel darah putih..adakah ini sesuatu yang berbahaya?

    3. rehang berkata:

      time kasih atas info yg amat berguna… saya pengidap gastrik..bila gastrik doktor biasanya akan bekalkan ubat anti asid untuk sebulan..info ini amat membantu saya mengamalkan cara pemakanan yg baik n semulajadi..tima kasih

    4. best la tips di atas..terima kasih

    5. cempaka berkata:

      Tekanan pun boleh menambahkan asid dalam badan ya. Masalahnya tekanan dipengaruhi oleh persekitaran. Patutlah akhir zaman nie banyak anak perempuan dilahirkan bebanding lelaki sebab salah satunya peningkatan tekanan dalam hidup wanita meningkatkan asid dalam badan maka melemahkan kromosom Y. Mengikut pemahaman saya yang sedikit ini.

    6. rita berkata:

      saya pernah diet tanpa makn nasi atau jenis kabohaidrat yang lain tapi saya mengamalkan minum air berserta lemon yang di perah jus nya hasil nya berat badan saya turun sehingga 20kg saya kelihatan kurus tapi tidak bermaya serta melakukan senaman ringan dan berjogging . tapi tindakbalasnya sekarang lutut saya sakit. apakah asid terlalu banyak dalam badan saya dan saya juga merokok.

    7. fahmi berkata:

      salam doktor,
      saya ada kemusykilan.. berapa lama seseorang itu boleh makan ubat gastrik contoh pantoprazole, Esomeprazole, Lansoprazole dsb ( PPI )? adakah boleh makan sampai bertahun-tahun lamanya?

    8. Ngah norhaslan berkata:

      Salam doktor. ibu saya mempunyai masalah gastrik yang serious.. pada hemat saya mungkin keadaan ini berlaku kerana kadar keasidan yang tinggi dalam sistem pencernaan.. saya berpendapat beliau perlu mengambil lebih makanan berakali untuk meneutralkan keadaan itu. adakah itu tepat? bolehkah doktor sarankan contoh makanan yang sesuai untuk beliau amalkan. bagi golongan non-medic macam saya, saya sukar nak membezakan makanan berasid atau berakali. terima kasih

    9. taufiq11 berkata:

      Salam..apakah makanan berasid boleh menyebabkan asid refluks atau GERD? dan apakah makanan yang kaya dengan vitamin C juga bersifat asid?

    10. pKa berkata:

      salam doc..
      sy suka mkn buah oren n minum jus oren sbb buah oren ada antioxidant yg tinggi ^ _ ^..can oranges increase my blood acid level due to its citric acid content? what is the pH value of someone having acidosis?

    11. Mohamad Ali berkata:

      Dr,

      Saya menghidap batu karang sebesar 2mm di sebelah kiri kidney dan 3 mm disebelah kanan. Saya sedang mengamalkan minum air kosong sebanyak 2 liter sehari. Batu karang saya jenis asid uric. Apakah makanan yang seeloknya un tuk saya? terima kasih Dr

    12. siti berkata:

      salam, boleh terangkan adakah lebihan sel darah putih menyebabkan penyakit thalasimia?

    13. suriyanti abdul ghani berkata:

      salam,saya selalu sakit tumit,terutama bila bangun tidur,saya akui mmg kurang mkn sayur adakah itu salah satu sebabnya?

    14. Shahwadi Che berkata:

      Dalam artikel di atas…satu perenggan ayat yang berbunyi begini..

      Menurut perunding pemakanan, Lim Ju Dee, gaya hidup moden yang mewah dengan pelbagai makanan –>>beralkali<<–, kurang bersenam dan banyak mengalami tekanan menyumbang kepada masalah asidosis iaitu badan menjadi berasid.

      Saya dapat kesan kesilapan berlaku dimana…perkataan beralkali sepatutnya ditukar kepada berasid… :) ~ terima kasih

    15. koder berkata:

      nk cube lah mngamalkn makanan berakali…:)

    16. Shamera berkata:

      . Cuba try Cuka epal. I byk dgr ia amat berguna utk melawan asid didalam badan. Sunnah rasulullah tau. I pun mengamalkannya. Just for info. Tq.

    17. faten leha berkata:

      try la apricot seed… insyaallah…selesai masalah

    18. lin berkata:

      suami saya mengidap gout kerada asid berlebihan dalam badan saya di perkenalkan oleh kawan dgn produk alkali iaitu alkalete..hanya kapsul sahaja dari tak boleh jalan -berkerusi roda suami saya boleh berjalan semula dan kebimbangan saya dan anak2 menjadi normal kerana suami saya juga menanggung saya sekeluarga dan saya pula tak berkerja..syukur..
      lin 012-3814406

    19. siti berkata:

      Contoh: air alkali pH 8 dan pH 9, Mana yang lebih baik untuk badan. Kenapa ea??

    20. temp bike cover berkata:

      Interesting internet site, i read it but i nonetheless have several questions.
      shoot me an email and we will talk much more becasue i could have an intriguing idea for you.

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 243 other followers

    %d bloggers like this: