Kenali SangMentari
“Ini tulisan yang menggulung rentak suka nan duka. Tiadalah erti warkah ini melainkan sekadar mencari insaf dan sedar buat yang bernama diri. Carilah yang tersirat daripada yang tersurat di SangMentari ini.”
SANGMENTARI sangmentari.wordpress.com adalah tulisan ‘siri motivasi menerobos sempadan minda’ buat memancar ilham, meraih secebis rasa sedar dan insaf buat yang bernama diri.
Hidup mesti bertuju. Tanpa matlamat dan misi, apa yang diimpi pasti akan hanya sebagai angan.
Harus dibeza antara impian, harapan dan imaginasi. Ya, saya punya imaginasi yang cukup besar. Saya mahukan sesuatu yang hebat-hebat dalam hidup. Adakah itu salah? Adakah itu dikira berdosa?
Tuhan tidak pernah melarang hambanya untuk mengejar kejayaan di dunia selagi hidup di sana tidak disampingkan. Marilah kita mencari, menerobos dan menggali segala mutiara dan aura dalam diri kita.
Kita sebenarnya mampu untuk terbang… mengapa masih mahu merangkak?
Seloka Merungkai Resah
Dinihari pergi
Fajar pula mendatang, selajur menyingsing
Sang mentari melempar senyuman
Menampakkan tampangnya
Membakar diri
Bersinar menerangi seisi makhluk
Tidak pernah sesekali ia merintih
Walau senada kesal
Keluh, kesah
Tak akan…
Suria itu terus menambah bara-bara sinar
Gelora itu sama sekali tidak pernah terpadam
Walau sesaat
Hatta sedetik
Segenap penjuru merasa kecerlangannya
Badai dan langkisau sesekali mengganggu gugat
Mengancam, menggugah
Kedamaian mentari seolah diragut
Seakan dijarah
Selagi mana kudrat terdaya
Dia masih di situ…
Senja langsam menyambut
Mentari itu pasti juga akan pergi
Mengharap hari esok ada lagi peluang buatnya
Impian yang tulus
Semata berbakti untuk seluruh yang bernyawa
Profil Lengkap Sang Mentari
1) Nama : Mohd Azreen Ezairy Bin Mohmad Sallih
2) Tarikh lahir : 29 April 1986
3) Profesyen : Pelajar Tahun Akhir, Fakulti Perubatan, Universiti Ain Shams Kaherah, Mesir
4) Pendidikan :
(i) SK Sekudai Batu 10 Johor Bahru
(ii) SMK Tasek Utara Johor Bahru
(iii) MRSM Mersing
(iv) Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang Selangor
5) Emel/YM ID : mohd_azreen_ezairy@yahoo.com
p/s: Saya adalah insan yang fakir. Tidak pandai mengarang. Tidak juga arif dalam membina ungkapan-ungkapan bermadah. Jauh sekali untuk mereka-reka coretan indah.
Sememangnya manusia hina ini daif pada segala ilmu. Miskin di semua bidang. Kupohon sepuluh jari dari hujung rambut ke hujung kaki. Mohon diampun pada segala kekurangan.


Salam ziarah dari Batam Indonesia
selamat berkelana dinegeri orang..moga akak yg tak dapat berkelana ni dapat la juga merasa pengalaman kat sana melaui crita sangmentari kat blog ni..cerita detail tau macam ifan tulis..
Singgah bertemu seorang bakal doktor
Salam,
NI 1st time singgah kat ur blog. Sangat menarik!
Goodluck dalam ape jua pun!
Teringin satu hari nanti nak pergi Mesir insyaAllah.
siapa bermina dengan Etiqa , di Johor Bahru, e mail:
mns01j@gmail.com
salam
terima kasih singgah blog saye. salam ziarah dari kepulauan nusantara. =)
Salam ziarah dari Malaysia. Tak sangka kamu juga bermula dengan kesusahan. Teruskan berusaha. Oh, jangan lupa untuk teruskan senyuman juga.
Semestinya Nooreena, setiap kekayaan dan kesenangan yang dikecap hasil titik peluh kesusahan itu adalah lebih besar ertinya…dan bukankah itu lebih memberikan kepuasan kepada kita.
salam alayk.. abg ezairy upenye, igtkan sape la sangmentari td hehe
ana mintak izin link blog ni kat blog ana es
tq =)
- Jackster – http://jackster.co.nr
salam…got this link from sang pelangi…..=) moga mentari sentiasa menyinari hidup semua insan…..
assalamualaikum wbt..
nice blog..
minta izin untuk linkkan blog ni kat blog saya ya..=)
Salam Sya.. selamat datang ke SangMentari.
Terima kasih singgah di sini. Terus berkeliaran di sini ya.
Salam..
Oh terima kasih kerana menjengok blog AKAK@ auntie ashley yang tak seperti itu..’hidasaif67.blogspot.com’.
Tiada apa yang menarik sekadar luahan rasa, cetusan minda dan gambaran rasa yang dikeluarkan..
ooooo..lahir 1986 ye…..JAUH BEZA tu.
By that time, I was already in my college year..
you are welcome to frequent my blog….and err ahlan wa sahlan..take care!
Salam akak asyley..
Gaya bahasa yang mudah dan dikira ’simple’ itu kekadang lebih mudah diterima pembaca. Saya sendiri menyukainya.
p/s minta linkkan blog akak di sini ya.
assalamualaikum,nice blog, nak link ke blog saudara, tq:)