BIJAK-BIJAKLAH DALAM MENILAI Disember 17, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: aura diri, berani, ceria, jejaka, kemahuan, kemanusiaan, keunggulan
add a comment
DALAM melalui hari-hari yang penuh berliku, manusia setiap saat pastinya berdepan dengan rasa dan sifat yang menjauhkan mereka daripada pengaruh kuasa akal mereka.
Ya, manusia kekadang itu terlalu mengikutkan paksaan dan tujahan perasaan yang terkadang itu sengaja menggiring manusia ke arah kejatuhan, kemeruduman nilai dan peribadi seseorang itu.
Kehebatan dan kecemerlangan seseorang itu sejujurnya dipaksi dan dinilai pada sejauh mana mereka mampu untuk mengawal emosi mereka tatkala jiwa sedang diamuk badai perasaan. Tatkala itu nilai ketinggian seseorang itu bakal terlihat dan ternilai.
MENGAPA MARAH-MARAH SELALU,KAWAN? Oktober 14, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama, Sembang Petang.Tags: aura diri, ceria, kelembutan, ketenangan, komunikasi
3 comments

MENGAPA kita selalu marah-marah? Salah sedikit, marahnya bukan main. Kalau sendiri punya silap tidak tahu. Namun, jika salah itu pada pihak lain, wah.. bukan main melentingnya!
Realitinya anda, kalian dan juga saya tidak terlepas daripada sifat ini. Saban waktu kita berdepan dengan pelbagai konflik dan masalah hidup. Yalah, sudah lumrahnya alam. Hidup mesti berdepan dengan berjuta halangan dan rintangan. Barulah namanya sebuah penghidupan.
Soalnya di sini, mengapa perlu marah-marah? Apa sebenarnya yang membuatkan kita selalu hilang kawalan dan mudah untuk merasa marah?
BILA TUHAN BICARA TIDAK Mei 25, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: ceria, emosi, ketenangan, redha
11 comments

MANUSIA jarang menyatakan, “Ya, aku terima ini sebagai yang terbaik untuk aku. Aku harus terima.”
Yang selalu didengar mungkin bunyi-bunyi seperti ini, “Kenapa mesti berlaku pada aku. Aku dah buat yang terbaik. Perkara ini memang tak patut ditimpa pada aku!”
Anda mungkin jarang menyatakan ungkapan seperti ini. Namun, di dalam keadaan yang tanpa disedari anda mungkin juga akan bertindak sedemikian rupa, di kala emosi dan tekanan gagal untuk dikawal. Bukan anda sahaja, bahkan sesiapa sahaja yang bergelar status seorang manusia, termasuk saya. Sudah nama pun manusia. Makhluk yang penuh dengan cabaran dan kepelbagaian rencam dalam hidup.
PETUA AWET MUDA, KEKAL REMAJA Mei 23, 2009
Posted by sangmentari in Kesihatan, Sembang Petang.Tags: ceria, gadis, gembira, jejaka
3 comments

SELALU orang merungut tentang wajah mereka yang tidak menawan. Kerap kali juga kita dapat tahu segelintir individu yang berhabis-habisan wang untuk kelihatan lebih muda.
Sudah banyak kali fenomena ini melanda di seluruh pelusuk tempat. Yalah, siapa yang tidak mahu kelihatan cantik. Adakah manusia yang tidak ingin dilihat muda sentiasa? Dipandang remaja sepanjang masa?
Kali ini saya ingin membawakan beberapa petua untuk anda semua bagaimana mahu dilihat sentiasa muda. Saya beranggapan bahawa anda semua sudah tahu, barangkali masih ada yang terlupa-lupa atau pun mungkin buat-buat lupa!
BIAR LAMBAT ASALKAN BERJAYA! Mei 8, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: ceria, gembira, imaginasi, kemahuan, ketenangan, matlamat
10 comments

MERANGKAK tetapi sampai, lebih baik daripada berlari tetapi putus di jalan. Ini kata-kata daripada seorang cendiakawan. Apa maknanya?
Kita hidup bersandarkan pada suatu realiti dan fakta bahawa tiada yang kedua buat setiap manusia. Ya, sekali sahaja Allah berikan pinjaman nyawa buat setiap yang bernama manusia untuk hidup di muka buminya ini.
Justeru, apakah kita pernah menelusuri dan menyorot kembali rentetan sejarah penciptaan kita? Apakah sebenarnya hadaf dan matlamat hidup ini?
CINTA PADA SATU, KAWAN PADA BERIBU… April 7, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: ceria, gembira, kemanusiaan, keunggulan, sahabat
10 comments

KALAU bapa dia orang kaya, dan anak dia sekarang pun kaya saya tak kisah. Jika memang dia anak seorang yang hebat-hebat, dan dia sekarang menjadi orang yang cukup dikenali saya juga tak hairan.
Kalau emak dan ayah dia seorang pemimpin tersohor tanah air, dan anaknya sekarang menjadi pemimpin hebat di kolejnya, lagilah saya tak kisah.
JOM! CARI BAGAIMANA MAHU CERIA Mac 8, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: ceria, gembira, redha
10 comments

KENAPA masih bersedih kawan? Banyak sangatkan masalahnya itu? Masih tidak habis-habis lagi bala yang menimpa?
Ya, sebagai hambaNya yang taat, kita harus terima hakikat bahawa memang kita harus diuji. Memang kita patut ditimpa musibah. Bukankah itu juga janji daripadaNya.
Setiap kesukaran dan kesulitan itu pasti ada kesenangannya.
Dua kali bukan Tuhan ulang ungkapan tersebut. Ingatlah, setiap apa yang berlaku itu pasti ada baiknya untuk kita. Cuma kita sahaja yang belum menemuinya. Jadi, macam mana mahu terus ceria?
MEMBINA AURA KEUNGGULAN Mac 6, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: aura diri, ceria, keunggulan
10 comments
APA KHABAR Jumaat anda? Semoga semuanya di dalam keadaan yang sihat-sihat ya. Yang mana sakit itu, jangan lambat berjumpa doktor. Jangan nanti sudah melarat baru hendak mencari penawarnya. Masa itu sudah terlambat.
Hari ini hari Jumaat. Ya, hari yang sering kali kita anggap sebagai hari rahmat. Bagi sesetengah tempat, Jumaat merupakan hari untuk bermalas-malasan. Hari untuk melepak-lepak. Bersantai di rumah. Benarkah begitu? Anda sendiri yang tahu jawapannya.
Teruja saya hari ini untuk mengajak sidang pembaca bersama saya untuk kita mengkoreksi semula aura dalaman yang kita ada. Aura? Kuasa dalaman?
Ya, jangan tidak tahu ya bahawa kita sebenarnya mempunyai suatu rahsia kekuatan yang kita sendiri kekadang terlupa. Tidak sedar bahawa kita sebenarnya lebih hebat daripada apa yang kita sangka. Kita sebenarnya jauh lebih perkasa daripada hari ini. Tidak percaya?

