JADILAH PEMAAF, BUKAN PENGHUKUM! Julai 8, 2009
Posted by sangmentari in Sajak.Tags: cemburu, Cinta, emosi, gadis, jejaka, kemahuan, merajuk, taubat
6 comments
Manusia buat silap
Aku juga berlaku silap
Kau pun pasti silap…
Apa pernah manusia mengerti ungkapan silap itu?
Mestikah wujud makna silap?
Atau silap itu harus diprangas-pringus, dinyahkan!
Aduh…
Dalam derita ada manis
Di balik indah itu selitnya lara
Suka dan duka manusia pengemis
Nista dosa berhujan gerimis…
p/s Sebagai manusia, pasti pernah berlaku silap. Tidak nama manusia tidak pernah melakukan silap. Jangan dihukum pada setiap silap yang sudah berlalu. Jadilah insan pemaaf, bukan penghukum!
MENGAPA PEREMPUAN KUAT MENANGIS? Jun 23, 2009
Posted by sangmentari in Sembang Petang.Tags: emosi, gadis, kelembutan, merajuk
19 comments

RAMAI antara kita yang terlalu mudah tersinggung dan lantas menangis. Menangis dan terus menangis. Benar bukan?
Mengapa mesti mengeluarkan air mata? Bukankah air mata itu amat berharga untuk kita? Patutkah ianya dibazirkan begitu sahaja? Apa perlunya menangis?
1) Ada orang menangis kerana hatinya disakiti. Apabila diperlakukan oleh seseorang dengan tindakan yang tidak digemari, mereka mudah untuk menangis. Perkara ini mudah berlaku kepada kaum wanita. Benar bukan?
SAYANG MENARIK SAYANG, BENCI MENARIK BENCI Mei 28, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama, Sembang Petang.Tags: emosi, kemanusiaan, komunikasi, sahabat
14 comments

SAYANG menarik sayang. Benci menarik benci. Wah, menarik sungguh ungkapan ini? Semacam suatu kalimah keramat!
Mengapa sampai berlaku adegan tarik-menarik ini. Apakah benar semua yang diungkapan itu?
Suka lawannya benci. Benci pula seterunya suka.
Aduh, betapa pusing memikirkan kata-katamu ini, SangMentari?
Ya, setiap kali kita melemparkan rasa emosi kita kepada seseorang itu, secara tidak langsung gelombang emosi ini akan sampai kepada mereka. Jelas namun kekadang itu sukar untuk ditafsirkan.
PANTAULAH JATI DIRI ANDA! Mei 27, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: aura diri, emosi, kemahuan, keunggulan
2 comments

SETIAP saat pasti ada manusia yang akan masuk ke dalam jerat syaitan. Makhluk itu tidak akan pernah sama sekali berhenti daripada menyesatkan seluruh anak-anak Adam. Apakah kita telah lupa semua ini?
Terkadang itu saya sendiri takut untuk menerima hakikat bahawa kita sentiasa berdepan dengan dugaan dan pujukan sang iblis itu. Setiap masa, semua yang memegang panji cucu cicit Adam tidak boleh lari daripada kenyataan ini.
Mengapa mesti kalah? Tidakkah kita punya kekuatan dalaman yang siap terbekal sejak dilahirkan lagi. Sejauhmana kukuhnya kekuatan itu adalah bergantung kepada bagaimana kita membajainya sepanjang tempoh kehidupan kita.
BILA TUHAN BICARA TIDAK Mei 25, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: ceria, emosi, ketenangan, redha
11 comments

MANUSIA jarang menyatakan, “Ya, aku terima ini sebagai yang terbaik untuk aku. Aku harus terima.”
Yang selalu didengar mungkin bunyi-bunyi seperti ini, “Kenapa mesti berlaku pada aku. Aku dah buat yang terbaik. Perkara ini memang tak patut ditimpa pada aku!”
Anda mungkin jarang menyatakan ungkapan seperti ini. Namun, di dalam keadaan yang tanpa disedari anda mungkin juga akan bertindak sedemikian rupa, di kala emosi dan tekanan gagal untuk dikawal. Bukan anda sahaja, bahkan sesiapa sahaja yang bergelar status seorang manusia, termasuk saya. Sudah nama pun manusia. Makhluk yang penuh dengan cabaran dan kepelbagaian rencam dalam hidup.
LUKAKU LUKAMU April 19, 2009
Posted by sangmentari in Sajak.Tags: aura diri, Cinta, emosi, kemanusiaan
14 comments
Luka itu sakit
Yang bisa menggigit.
Luka itu karma
Yang menghunjam seksa.
Luka itu nurani
Yang menyempit nubari.
Luka itu manis
Yang bernyanyi sinis.
Luka itu sayang
Yang bersyair riang.
Luka itu lukaku
Juga luka buatmu!
(24 Rabiulakhir 1430, Kaherah)
SAJAK PENGHAPUS DOSA April 11, 2009
Posted by sangmentari in Sajak.Tags: emosi, ketenangan, redha, taubat
6 comments
Di sini diri menyapa
Dalam rerimbun kepungan manusia
Lepas lari
Tari menari
Terus mencari
Semalam diri merenung
Bintang indah kian mencernung
Jiwa merintih
Batin mernyisih
Aku terhimpit
Masa itu wajib tiba
Saat diri meratap hiba
Tiada aku mencari dusta
Semoga diri terus bertapa
Bersama mereka di akhirat sana
(El-Abbasiah, Kaherah, 15 Rabiulakhir 1430)
TERBILANG DENGAN TIDUR, JOM! Mac 31, 2009
Posted by sangmentari in Sembang Petang.Tags: emosi, tidur
10 comments

PERNAH alami masalah sukar untuk tidur? Apa masalahnya ya? Aku sudah cuba untuk tidur tapi tak boleh juga. Ha, mungkin ada juga yang berkata, aku memang tidak punya kesempatan untuk tidur walaupun sekejap. Tidak ada masa!
Wah, sibuk benar ya. Langsung tidak punya kesempatan untuk melelapkan mata. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tidur amat penting dalam kehidupan seharian kita.
SIAPA LEBIH KUAT CEMBURU, ADAM ATAU HAWA? Mac 13, 2009
Posted by sangmentari in Sembang Petang.Tags: cemburu, emosi, gadis, jejaka
19 comments

BENARKAH lelaki kuat cemburu? Atau wanita yang sebenarnya terlebih cemburu kepada lelaki?
Menurut Peter Salovey di dalam The Psychology of Jealousy dan Envy, cemburu ini sebenarnya merujuk kepada pemikiran negatif, perasaan bimbang, takut dan cemas terhadap sesuatu hubungan atau kebolehan seseorang itu bakal diancam oleh orang lain. Ha, macam mana itu?

