SAYANGMU PERINDU MALAM Ogos 26, 2009
Posted by sangmentari in Cerpen SangMentari.Tags: redha, cemburu, gadis, nafsu, Cinta
10 comments

IMRON Mustafa bangkit dari tidur. Hari ini hari Jumaat. Cuti. Pastinya banyak aktiviti yang boleh dilakukannya. Pada hari-hari lain tentu sahaja masanya dihabiskan di kuliah-kuliah yang terpaksa dihadiri.
Imron amat gemar meluahkan segala rasa hatinya dengan menulis. Menulis sudah dikira sebati dengan jiwanya. Segala yang tersimpan akan diluahkan di blog laman maya tersebut.
“Perindu malam… aduh, unik nama itu. Tentu seistimewa pemiliknya,” getus Imron. Anak muda itu ternyata amat tertarik pada tulisan-tulisan yang dikarang oleh Perindu Malam. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berasa amat perlu untuk mengenali lebih rapat dengan gadis ini.
JANGAN TIDUR DENGAN TIPUAN DUNIA! Julai 31, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: ketenangan, mati, redha, taubat
3 comments

HIDUP sentiasa akan didepani dengan deretan dan jutaan halangan yang wajib untuk didepani. Seorang yang memegang status seorang manusia harus menerima kenyataan dan realiti ini.
Mengapa sesetengah antara kita mudah sekali untuk berputus asa dengan kesemua ini? Tidakkah semua halangan dan cabaran ini sekadar menjadikan kita seorang manusia yang lebih kuat dan berjaya dalam hidup.
JANGAN ADA BENCI Julai 3, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: ketenangan, nafsu, redha
2 comments
BILA benci sudah mula bertapak di sanubari, segala yang diidam sudah semestinya akan dipandukan berdasarkan niat hati yang busuk itu. Ya, mengapa mesti ada benci?
Setiap antara kita seharusnya mengerti bahawa manusia yang diciptakan di atas muka bumi ini sama sahaja. Tidak ada bezanya antara kita. Baik yang kaya, miskin, berada atau pun yang fakir. Semuanya memegang status hamba dan khalifah di muka bumi pinjaman Tuhan ini. Justeru apa perlunya saling membenci?
___________________________________________________________
Menurut The American Heritage, Dictionary of the English Language, Edisi keempat cetakan 2009 oleh Houghton Mifflin Company, benci boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan permusuhan, perseteruan dan persengketaan yang cuba ditimbulkan kepada sesebuah pihak.
___________________________________________________________
SUKA DUKA SEORANG PENGHIBUR! Jun 22, 2009
Posted by sangmentari in Coretan Tinta.Tags: kemanusiaan, redha
6 comments
HARI ini genap lebih seminggu SangMentari senyap daripada sebarang bicara. Banyak perkara yang saya tempuh sepanjang tempoh berkenaan. Dan pada entri kali ini tergerak saya untuk berkongsikan kesemua kisah tersebut di sini. (Jarang saya berbuat begini, baca ya.) Maaf, entri ini agak peribadi. Sekadar melepaskan gian untuk menulis.
1) Lebih seminggu yang lalu, saya mula mengorak langkah untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan clinical round general medicine. Baru sahaja selesai pagi tadi.
2) Dalam kesibukan itu, diberi sedikit hadiah dari Tuhan. Bilik saya hampir-hampir sahaja terbakar dijilat api.

- Kebakaran yang berlaku betul-betul di bawah bilik saya. Mujur sempat menutup tingkap. Jika tidak, pasti bakal menyinggah juga ke bilik saya.
KEMBALILAH KEPADANYA DEMI MERAIH KETENANGAN Jun 7, 2009
Posted by sangmentari in Coretan Tinta, Motivasi/Agama.Tags: Cinta, kemanusiaan, ketenangan, redha, taubat
4 comments

TUHAN selalu beri manusia ujian dan cabaran untuk kita lebih kuat mendepani setiap dugaan itu. Tidak ada apa yang dilakukanNya selain untuk menjadikan kita lebih cemerlang dalam hidup.
Jangan selalu menganggap apa yang ditakdirkan kepada kita itu sebagai musibah. Ya, bersedih atas setiap malapetaka, bermuram di atas perkara yang tidak dijangka adalah lumrah. Cuma jangan sampai dikata melawan kehendak takdir.
JANGAN SOMBONG. SIAPA KITA MAHU ANGKUH? Jun 4, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: keunggulan, redha, taubat
2 comments

SIAPA kita pada pandanganNya? Layakkah kita mengaku sempurna sedangkan saban hari dilimpahi kurnia yang berlimpah-limpah?
Manusia sering lupa akan tujuan asal penciptaan mereka. Enggan mengaku bahawa matlamat hidup adalah semata mengabdikan diri padaNya. Tidakkah itu hadaf asal penghidupanmu?
Kenapa mesti bongkak? Sombong. Riak dengan sedikit nikmat yang dikecap. Ingatlah bahawa segala kesenangan yang diberi itu hanyalah sekadar untuk menguji sejauh mana syukurnya kita. Untuk mengukur sedalam mana rasa terima kasih kita pada Yang Maha Pencipta.
BILA TUHAN BICARA TIDAK Mei 25, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: ceria, emosi, ketenangan, redha
11 comments

MANUSIA jarang menyatakan, “Ya, aku terima ini sebagai yang terbaik untuk aku. Aku harus terima.”
Yang selalu didengar mungkin bunyi-bunyi seperti ini, “Kenapa mesti berlaku pada aku. Aku dah buat yang terbaik. Perkara ini memang tak patut ditimpa pada aku!”
Anda mungkin jarang menyatakan ungkapan seperti ini. Namun, di dalam keadaan yang tanpa disedari anda mungkin juga akan bertindak sedemikian rupa, di kala emosi dan tekanan gagal untuk dikawal. Bukan anda sahaja, bahkan sesiapa sahaja yang bergelar status seorang manusia, termasuk saya. Sudah nama pun manusia. Makhluk yang penuh dengan cabaran dan kepelbagaian rencam dalam hidup.
SAJAK PENGHAPUS DOSA April 11, 2009
Posted by sangmentari in Sajak.Tags: emosi, ketenangan, redha, taubat
6 comments
Di sini diri menyapa
Dalam rerimbun kepungan manusia
Lepas lari
Tari menari
Terus mencari
Semalam diri merenung
Bintang indah kian mencernung
Jiwa merintih
Batin mernyisih
Aku terhimpit
Masa itu wajib tiba
Saat diri meratap hiba
Tiada aku mencari dusta
Semoga diri terus bertapa
Bersama mereka di akhirat sana
(El-Abbasiah, Kaherah, 15 Rabiulakhir 1430)
SURATAN ATAU KEBETULAN? Mac 26, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: redha
9 comments
AMIRAH datang berjumpa Hamid, katanya dia ditinggalkan oleh orang yang paling disayanginya. Mengadu bahawa dia merasa bahawa hidup ini sudah tidak bererti lagi. Tidak punya apa-apa makna.
JOM! CARI BAGAIMANA MAHU CERIA Mac 8, 2009
Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.Tags: ceria, gembira, redha
10 comments

KENAPA masih bersedih kawan? Banyak sangatkan masalahnya itu? Masih tidak habis-habis lagi bala yang menimpa?
Ya, sebagai hambaNya yang taat, kita harus terima hakikat bahawa memang kita harus diuji. Memang kita patut ditimpa musibah. Bukankah itu juga janji daripadaNya.
Setiap kesukaran dan kesulitan itu pasti ada kesenangannya.
Dua kali bukan Tuhan ulang ungkapan tersebut. Ingatlah, setiap apa yang berlaku itu pasti ada baiknya untuk kita. Cuma kita sahaja yang belum menemuinya. Jadi, macam mana mahu terus ceria?

