jump to navigation

IMAN, HATI, TAGHUT DAN IBLIS November 14, 2009

Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.
Tags: , ,
5 comments

DALAM meniti hari-hari yang sering disibukkan dengan perkara yang kekadang itu melalaikan dan membazirkan masa, saya sendiri terkadang terdesak untuk mengungkapkan ungkapan lalai buat manusia-manusia yang gagal untuk memanfaatkan tiap-tiap saat denyutan nadi pemberian Ilahi.

Ya, deretan peluang untuk kita memperhambakan diri kita kepadaNya seharusnya dimanfaatkan sebaiknya sebelum datangnya Izrail buat kita merasa sedutan terakhir nikmat udara muka bumi.

(lagi…)

CINTA, KASIH DAN SAYANG Oktober 8, 2009

Posted by sangmentari in Cinta, Motivasi/Agama.
Tags: , , , , , , ,
2 comments

cinta sejati hanya datang dariNya

DI KALA hati mula gelisah, maka timbul gejolak yang menggiring jiwa-jiwa kita ke tuju yang dipandu. Soal keburu atau tidaknya pilihan itu adalah berlandas sejauhmana hati ini diisi dengan nilai-nilai islam dan rohani yang jitu di dalam hati.

Usah menjadikan diri bodoh dan alpa lantaran cinta. Jangan sesekali memandukan kasih itu sebagai hadaf misi utama hidup. Persetankan semua itu! Cinta boleh memusnah, sayang juga mampu menghancur porak-perandakan apa yang telah dikecap sekian lama.

(lagi…)

ABDINYA MANUSIA SEORANG HAMBA (ENTRI SALAM LEBARAN) September 17, 2009

Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.
Tags: , , , ,
1 comment so far

salam lebaran

LAKUKANLAH setiap satu itu ikhlas semata-mata keranaNya. Carilah redaNya walau di mana juga kita berada. Hidup hanya untukNya, TanpaNya siapalah kita.

Dalam meredah rona-rona, liku-liku hidup, kekadang kita lupa akan hadaf utama kita diciptakan di atas muka bumi ini. Hidup bukan untuk mengejar matlamat duniawi semata, kerana apa yang jauh lebih penting adalah kehidupan yang kekal abadi di sana nanti. Apalah ada pada nikmat dunia yang sementara ini.

(lagi…)

KUNJUNGAN RAMADHAN MENYAPA LAGI Ogos 19, 2009

Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.
Tags: , ,
2 comments

datangnya ramadhan mulia

BERKUNJUNGNYA Ramadhan kali ini sesungguhnya mengingatkan kita akan dekatnya kepada Hari kiamat. Begitu pantas masa berlalu. Setiap saat bagaikan seolah enggan untuk berhenti. Amalan yang dilaksanakan masih juga belum cukup.

 Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-

  (lagi…)

JANGAN TIDUR DENGAN TIPUAN DUNIA! Julai 31, 2009

Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.
Tags: , , ,
3 comments

indahnya alam ciptaanNya

HIDUP sentiasa akan didepani dengan deretan dan jutaan halangan yang wajib untuk didepani. Seorang yang memegang status seorang manusia harus menerima kenyataan dan realiti ini.

Mengapa sesetengah antara kita mudah sekali untuk berputus asa dengan kesemua ini? Tidakkah semua halangan dan cabaran ini sekadar menjadikan kita seorang manusia yang lebih kuat dan berjaya dalam hidup.

(lagi…)

JADILAH PEMAAF, BUKAN PENGHUKUM! Julai 8, 2009

Posted by sangmentari in Sajak.
Tags: , , , , , , ,
6 comments

Manusia buat silap

Aku juga berlaku silap

Kau pun pasti silap…

 

Apa pernah manusia mengerti ungkapan silap itu?

Mestikah wujud makna silap?

Atau silap itu harus diprangas-pringus, dinyahkan! 

Aduh…

Dalam derita ada manis

Di balik indah itu selitnya lara

Suka dan duka manusia pengemis

Nista dosa berhujan gerimis…

 

p/s Sebagai manusia, pasti pernah berlaku silap. Tidak nama manusia tidak pernah melakukan silap. Jangan dihukum pada setiap silap yang sudah berlalu. Jadilah insan pemaaf, bukan penghukum!

BERDOSAKAH SOLAT DI TEPI JALAN? Jun 25, 2009

Posted by sangmentari in Motivasi/Agama, Sembang Petang.
Tags: , ,
6 comments

Tuhan ada di mana-mana. Dia sentiasa memerhatikan hambanya...

BERDOSAKAH solat di tepi jalan? Tidak ramai yang terfikir soalan sedemikian rupa. Saya sendiri sejujurnya tidak sampai ke tahap sehingga mampu memikirkan perkara seperti ini. Sembahyang di tepi jalan.

Jadi, anda semua bagaimana? Pernah melihat manusia sembahyang di jalan raya, di padang permainan, atau di mana-mana sahaja?

Persoalan ini sering timbul lantaran wujudnya sesetengah golongan yang memandang serong perbuatan sedemikian. Benarkah begitu?

(lagi…)

AL-FATIHAH BUAT AMMAR… Jun 11, 2009

Posted by sangmentari in Coretan Tinta.
Tags: ,
6 comments

SETIAP yang hidup pasti akan berdepan kematian. Suatu hari nanti pasti tiba masa untuk kita pula. Saat mengangkat takbir pada solat jenazah sebentar tadi, hati ini bertanya, mungkin sekejap nanti giliran saya pula yang  dipilih olehNya. Ya Allah, andaiNya Kau pilih diriku, berikanlah peluang untukku menghadapMu dengan cukup bekalan buat persediaan diriku kelak!

al-fatihah

AL-FATIHAH buat Ammar…

(lagi…)

KEMBALILAH KEPADANYA DEMI MERAIH KETENANGAN Jun 7, 2009

Posted by sangmentari in Coretan Tinta, Motivasi/Agama.
Tags: , , , ,
4 comments

mencari dalam meraih tenangnya hati..

TUHAN selalu beri manusia ujian dan cabaran untuk kita lebih kuat mendepani setiap dugaan itu. Tidak ada apa yang dilakukanNya selain untuk menjadikan kita lebih cemerlang dalam hidup.

Jangan selalu menganggap apa yang ditakdirkan kepada kita itu sebagai musibah. Ya, bersedih atas setiap malapetaka, bermuram di atas perkara yang tidak dijangka adalah lumrah. Cuma jangan sampai dikata melawan kehendak takdir.

(lagi…)

JANGAN SOMBONG. SIAPA KITA MAHU ANGKUH? Jun 4, 2009

Posted by sangmentari in Motivasi/Agama.
Tags: , ,
2 comments

ya Allah, jadikanlah kami insan yang bersyukur!

SIAPA kita pada pandanganNya? Layakkah kita mengaku sempurna sedangkan saban hari dilimpahi kurnia yang berlimpah-limpah?

Manusia sering lupa akan tujuan asal penciptaan mereka. Enggan mengaku bahawa matlamat hidup adalah semata mengabdikan diri padaNya. Tidakkah itu hadaf asal penghidupanmu?

Kenapa mesti bongkak? Sombong. Riak dengan sedikit nikmat yang dikecap. Ingatlah bahawa segala kesenangan yang diberi itu hanyalah sekadar untuk menguji sejauh mana syukurnya kita.  Untuk mengukur sedalam mana rasa terima kasih kita pada Yang Maha Pencipta.

(lagi…)