Terima kasih Ayah

November 11, 2015

Terima kasih ayah

…………………………………………………

Apabila sampai saja ke katil bernombor empat pagi tadi, hati saya sebak. Pilu,

“Macam mana uncle, semalam ada lagi berak-berak?”

Dia menggeleng. Seolah tak faham apa yang saya beritahu.

“Masih buang-buang air lagi doktor. Semalam sudah tujuh kali pergi toilet,”

Pesakit  ini sudah hampir dua minggu  berada di dalam wad.  Datang ke klinik ketika itu dengan  pembengkakan pada leher, suara yang berubah menjadi serak yang teruk serta susah mahu menelan.

Kami segera lakukan ujian skop kepadanya. Ujian imbasan dan pembedahan bagi mengambil sampel biopsy juga dilakukan.

Keputusannya sudah pun ada di tangan saya.

Saya sedut nafas dalam-dalam…

“Itu result hari itu sudah keluar ke doktor?”

Anak pesakit  tersebut menyedarkan saya. Saya terpempan. Pandangan segera terkalih kepada anak muda itu pula.

“Oh ya, sudah. Result biopsy sudah balik. Saya sudah dapat semalam,”

Apabila melalui saat dan ketika seperti ini, memang sukar untuk memberitahu kepada pesakit atau keluarga. Saya percaya mana-mana doktor lain pun turut merasai apa yang saya sering alami.

Dada saya sesak.

“ Doktor…”

“Err… ya, sorry..”

“Biopsy result sama macam saya beritahu hari itu. Kita suspect kanser. Dan result juga confirm yang ayah awak memang ada kanseer. Confirm.”

Saya berterus terang.

Muktamad.

Rasanya perkara ini memang tidak boleh diselindung. Pesakit dan keluarga lambat-laun akan tahu juga.

“ Confirm doktor?”

“ Result biopsy memang confirm ini kanser, saya minta maaf, sabar ya,”

Anak muda itu terdiam. Wajahnya kosong. Saya dapat gambarkan perasaannya saat itu.

“ Kalau boleh tahu ini stage berapa?”

“ CT scan dan MRI akan kami buat tak lama lagi, nanti kami akan beritahu ya,”

Saya lihat pesakit tua yang sudah menganjak usia 71 tahun itu Nampak bersahaja. Sama ada dia sudah bersedia atau dia sudah reda dengan ketentuannya.

Banyak lagi proses serta prosedur yang perlu dilaluinya.

Pembedahan mungkin? Radioterapi? Kemoterapi?

Moga beliau tabah. Sabar melalui ujian Maha Pencipta.

Tiba-tiba sahaja saya teringat kepada wajah ayahanda saya.

Insan yang membesarkan saya semenjak kecil dan sentiasa di belakang saya.

Terima kasih…Ayah.


Karnival Ayuh Johor Sihat 2016

Oktober 29, 2015

PicsArt_1446037431354-1

Jangan lepaskan peluang untuk turut sama dalam Karnival Ayuh Johor Sihat 2016. Anda juga boleh beramal untuk kanak-kanak masalah pendengaran di bawah PROCIJ.

Banyak aktiviti amal yang ada :

1. Pemeriksaan kesihatan

2. Senamrobik bersama profesional trainer

3. Kayuhan basikal amal

4. Persembahan artis-artis

5. Ceramah malam cinta rasul

6. Permainan tradisional

7. Cabutan bertuah

8. Pertandingan mewarna

Jualan booth juga telah dibuka untuk jualan sekarang!

Maklumat lanjut dan  terkini , anda boleh layari ayuhjohorsihat.blogspot.my


Never underestimate a problem

Februari 13, 2015

“Aku taklah gemuk sangat, tak perlu risaulah nak kuruskan badan,”

“Saya tak dapat A atau B dalam exam hari tu, tapi sekurang-kurangnya saya lulus,”

“Aku patutnya kena exercise lebih ni, tapi tak apalah, ok ni,”

“Saya patut kurangkan merokok sejak dari dulu lagi, tapi tak apa…  kanser paru-paru  boleh kena pada orang lain. Saya tak akan kenalah, ”

Kata-kata seperti ini amat berbahaya! Dont underestimate the problem…

Banyak perkara-perkara penting di di dalam hidup kita gagal tanganinya dengan baik lantaran kita tidak terlalu serius dalam menanganinya.

Kita sambil lewa. Main-main. Acuh tak acuh.

Never underestimate a problem or our power to cope with it…

Cara kita bertindak dalam melalui setiap masalah dan perkara dalam kehidupan sebenarnya akan menentukan outcome kepada setiap hasil kerja dan paling penting masa depan kita.


Mudahkanlah urusan orang lain

Disember 14, 2014

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim.

Teman-teman…

Apabila kita mengetahui bahawa sebenarnya kita mampu melakukan sesuatu untuk menolong kesusahan orang lain, maka lakukanlah, segeralah beri pertolongan.

Lebih-lebih lagi apabila orang itu telah memintanya kepada kita. Pertolongan yang kita berikan itu, akan sangat bermakna bagi orang yang sedang di dalam kesusahan.

Cubalah bayangkan, bagaimana rasanya apabila kita berada di tempat orang yang meminta pertolongan daripada kita itu? Pernah kita rasakan?

Sesungguhnya Allah SWT sangat mencintai orang yang mahu memberikan kebahagiaan kepada orang lain dan menghilangkan kesusahan orang lain.

Bantulah… selagi kita mampu, terdaya…


Bukan doktor celup!

November 15, 2014

“Saya nak jadi doktor sebab bila besar nanti saya boleh jadi kaya,”

“Aku nak beli rumah besar, sebab itu aku nak jadi doktor,”

“Mak saya yang suruh saya jadi doktor, hidup senang nanti katanya,”

Kalau inilah matlamat dan sebab bagi anda yang memang bercita-cita untuk menjadi doktor, Maka lupakanlah!

Kenapa saya kata begitu? Kerana hidup seorang pegawai perubatan tidaklah seperti yang biasa orang fikirkan. Kalau nakkan kemewahan di dalam hidup, nakkan kekayaan yang melimpah ruah di dalam kehidupan, ini bukanlah lapangan dan bidang yang sepatutnya.

Anda tidak akan menjadi betul-betul mewah sekiranya anda tidak berusaha dengan begitu kuat.

“Kalau nak sangat jadi kaya, berniagalah. Buka syarikat sendiri, untung juta-juta!”

Itu merupakan antara salah satu kata-kata keramat yang dikeluarkan oleh salah seorang professor saya semasa di kuliah dulu. Di Mesir, doktor juga bukanlah hidupnya mewah sangat.

Ada doktor yang ke hospital dengan menaiki motosikal sahaja. Ada juga yang hanya menaiki bas. Pendapatan mereka juga tidaklah terlalu besar.

Sama juga senarionya di sini Malaysia. Seorang doktor perlu menghasbiskan banyak masanya di hospital bersama pesakit. Ahli keluarga di rumah juga semestinya harus memahami kerjaya pasangan dan ahli keluarganya. Kadangkala terpaksa balik pagi, ada kalanya pulang di tengah malam, semuanya tidak tentu masa.

Sebab itu saya selalu pesan kepada mana-mana pelajar yang memasang impian dan hasrat untuk menjadi doktor semata-mata kerana pangkat, harta, wang ringgit, di sini bukanlah tempat dan bidangnya.

Kerjaya doktor perlukan komitmen, kesungguhan serta keikhlasan dalam setiap tindakan. Kenapa saya katakana tiga elemen itu. Kerana jika tidak ada komitmen serta kesungguhan yang tinggi di dalam diri, mereka tidak akan sanggup untuk bekerja lebih masa, bersengkang mata pada bila-bila masa saja, tanpa mengira waktu.

Jika tidak ada juga kesabaran dalam merawat pesakit, seorang doktor tidak akan mampu untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada setiap pesakit. Kerana setiap kerja yang dilakukan atas dasar keterpaksaan sekadar menghasilkan hasil dan natijah yang kurang sempurna. Hasil yang kurang sempurna sudah tentunya akan memberikan impak yang sangat buruk kepada pesakit itu sendiri.

“ Aku rasa bosanlah dengan kerja aku ni, rasa tak seronok!”

Ungkapan-ungkapan seperti ini bukanlah jarang didengari di kalangan doktor, Ramai doktor-doktor muda yang mengadu mereka tertekan dan tidak minat dengan kerja yang mereka lakukan sekarang. Semuanya kerana apa?

Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana mereka semakin hari semakin lupa akan niat mereka bekerja selama ini. Apabila niat dan matlamat utama mereka bergelar seorang doktor telah lari, mungkin selama ini ada yang angannya bekerja kerana nakkan nama, harta, atau wang barangkali, maka apabila mereka mula menjengah ke alam realiti pekerjaan, apabila mereka benar-benar sudah masuk ke bidang ini, mereka akan segera putus asa. Tak ada semangat!

Semua yang diinginkan selama ini tidak tercapai. Keindahan serta kemewahan yang disangka rupa-rupanya hanya angan-angan yang dicipta oleh mereka sendiri. Mereka kecewa. Dan akhirnya ada yang sehinga terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti menjadi doktor!

Adik-adik, teman-teman, perbetulkanlah kembali niat anda. Jadikan matlamat asal anda untuk masuk ke bidang ini hanyalah semata-mata kerana anda sendiri minat dan ingin bekerja bersama pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan daripada anda.

Saya percaya sekiranya perkara dan elemen inilah yang anda sendiri sandarkan dulu, tidak akan wujud para doktor yang bermasalah semasa menempuh alam pekerjaan.Tidak akan ada doktor yang kerjanya suka curi tulang, ponteng kerja, hilang semangat dan bermacam-macam lagi.

Ya, tidak dapat dinafikan. Ada juga doktor yang berhenti daripada tugasan mulia ini bukanlah kerana sikap buruk mereka, bukan juga kerana salah niat asal mereka. Ada juga yang berhenti kerana semangat mereka yang tidak betul-betul kuat semasa menempuh alam awal pekerjaan khususnya di dalam alam doktor pelatih.

Betul, zaman doktor pelatih merupakan tempoh yang amat meletih dan menekan mana-mana jiwa doktor. Anda akan dimarah, diperbetul, ditegur yang bukan-bukan walaupun kesalahannya mungkin remeh temeh, anda akan diherdik barangkali dan berbagai-bagai lagi perkara yang anda sendiri mungkin terlalu sukar untuk membayangkan selama ini.

Sebab itu saya sebut sedari awal, ubahlah niat anda. Andai sejak mula lagi anda tanamkan dalam diri, “ Aku nak jadi doktor ni, sebab aku memang minat. Aku kerja ni memang aku nak tolong semua pesakit yang aku jumpa. Aku tak kisah walau dimarah dan dikata apa sekalipun,”

Sekiranya awal-awal lagi anda telah menanamkan perasaan dan niat seperti itu, saya yakin tidak akan timbul apa-apa masalah berbangkit apabila anda mula masuk ke alam pekerjaan nanti.

Percayalah anda akan menjadi seorang doktor yang amat dan sangat berjaya, sekiranya niat anda memang betul semenjak dari mula lagi anda memasang angan dan impian.

Bagi yang masih lagi belum masuk ke bidang ini, periksa terlebih dulu hati anda, ubah niat dan matlamat jika perlu, bersihkan hati.

Kita bekerja bukan semata-mata kerana harta, pangkat atau wang.

Tetapi bekerja untuk Allah dan menolong manusia yang lain.


Kawan membantu bukan membantut

November 14, 2014

Dalam bekerja memang ada bermacam-macam jenis rakan sekerja yang boleh kita temui. Di mana-mana pun sama saja. Ada 3 golongan yang biasanya boleh kita temui.

1. Kawan masa senang saja. Golongan pertama ni memang kalau boleh kita elakkan. Apabila cerita saja soal makan, berjalan, keluar ofis, berseronok, memang dia nombor satu. Dialah yg ada dulu ada. Tapi bila soal kerja, membantu rakan rakan lain, mereka ni sangat kalkukatif dan amat berkira. Golongan ini paling tidak berguna.

2. Kawan masa susah. Ada orang yang kehadirannya dilihat ketika kita berada di dalam kesulitan sahaja. Apabila anda berada di dalam kesusahan di tempat kerja dan sebagainya, merekalah orang pertama  yang datang menghulur bantuan. Golongan ini patut dijadikan contoh.

3. Kawan susah dan senang. Golongan ini akan sentiasa bersama kita di kala kita susah mahupun senang. Kita susah ke senang ke, mereka sentiasa ada di sisi kita.

Tak kisah kalau kita nak termasuk di dalam golongan yang kedua ataupun ketiga. Kedua-dua golongan ini amat disukai oleh ramai orang. Termasuk anda dan juga saya.

Jauhi mereka yang berada di dalam  golongan pertama. Mereka bukan saja tidak membantu dan tidak mendatangkan faedah kepada anda… bahkan mereka boleh membantutkan segala kerja anda.


Kenali diri anda

November 11, 2014

Ramai antara mereka yang gagal adalah kerana mereka gagal untuk mengenali diri mereka sebenarnya. Mereka gagal untuk mengenali diri mereka secukupnya.

“Adakah anda cukup mengenali diri anda?”

Jika jawapan anda ya, bermakna anda mungkin tersilap. Kerana jika semua orang mampu untuk betul-betul mengenali dirinya, maka tidak ada orang yang akan gagal dalam hidupnya. Semua orang akan berjaya.

Dalam sepuluh orang doktor, mungkin seorang saja yang akan menjadi pakar. Seratus ahli politik, sepuluh saja mungkin yg akan menjadi menteri. Dalam sepuluh menteri, seorang saja yang akan menjadi perdana menteri.

Kenapa jadi begitu? Hanya mereka yang benar-benar kenal potensi dirinya saja yang akan betul-betul cemerlang. Paling cemerlang berbanding mereka lain yang turut cemerlang.

Kenapa kita hanya ada seorang saja P Ramlee? Kenapa kita juga hanya ada seorang Mahathir Mohamad? Ya, sekali lagi kita perlu kenal sedalam-dalamnya diri sendiri.

P Ramlee mampu untuk segera mengenali bakatnya di bidang seni nyanyian dan lakonan, beliau gunakan segala keunikan dan kelebihan dirinya sehingga beliau menjadi seorang yang sangat berjaya. Begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad dan  tokoh-tokoh berjaya yang lain.

Segera kenali kelebihan kita. Jangan terlalu merendah diri. Kerana ia boleh memakan diri sendiri.

Orang lain mungkin sangat hebat dalam bidang sukan. Tapi anda mungkin tidak sedar yang anda sangat hebat sebenarnya di bidang penulisan, hebat dalam berniaga, hebat dalam mendidik orang . Siapa tahu. Kan?

Gunakan kelebihan kita sebaiknya.

Ya, kita akan berjaya!

“Ramai yang berjaya bukan kerana mereka dilahirkan sebagai seorang yang luar biasa. Mereka biasa-biasa sahaja, tapi mereka berjaya untuk mengenali kelebihan dan  potensi diri mereka…”


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 14,069 other followers