RAMAI yang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik. Setiap kali melihat ke cermin, serta-merta muka masam mencuka.
“Aku tak nak gemuk, aku nak kurus!”
Ya, mungkin ada di kalangan anda yang mengalami masalah seperti ini. Bukannya salah jika berlebih berat badan, cuma siapa yang tidak mahu dilihat indah, cantik dan molek pada pandangan orang. Bukankah begitu?
Justeru, bagaimana mahu mencapai berat badan yang ideal serta teknik kawalan berat badan yang sepatutnya dilakukan. Bagaimana ya?
Menurut Mary L. Gavin, MD, terdapat 5 langkah utama yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin mencapai berat badan yang diidamkan. Bukan mereka yang gemuk sahaja ya. Anda dan saya yang kurus ini juga harus melaksanakannya.
1) Aktiviti senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yng beranggpan bahawa perkara ini sudah selalu sangat diwara-warakan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.
2) Kurangkan ‘screen time’. Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Pendek ceritanya, kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer. Anda akan kurang untuk melakukan aktiviti luar sekiranya masa anda banyak dihabiskn di depan televisyen. Kurangkanlah screen time itu untuk sekitar 2 jam sehari sahaja.
3) Sayuran dan buah-buahan. Ya, sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda. Justeru dengan pengambilan sayur dan buahan yang mencukupi, secara tidak langsung anda akan mendapati bahawa selera makan anda tidak berlebihan. Maka, tiadalah masalah pertambahan berat badan.
4) Jangan tinggalkan sarapan pagi. Ramai di kalangan kita, anda atau sesiapa sahaja yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah! Ya, mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. Justeru ini akan menyebabkan mereka mengambil nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diambil pada sarapan pagi.
5) Kurangkan minuman bergas. Salah satu faktor kegemukan juga adalah disebebkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.
Ubahlah gaya hidup kita mulai sekarang. Amalkan cara yang hidup yang sihat. Sesiapa yang malas-malas itu, ayuh rajinkan diri. Jadilah manusia yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Allah sentiasa membuka ruang dan peluang untuk setiap hambaNya mencapai apa yang dimahukan. Mengapa kita sendiri yang enggan berusaha untuk menggapainya. Rahsia itu sudah pun ada di tangan anda. Ayuh, marilah, apa tunggu lagi!
Oktober 23, 2009 at 5:44 pm
terima kasih dengan tips ini!
Oktober 30, 2009 at 6:55 am
salam. Ada tak tips bagi golongan yang mengalami masalah penambahan berat badan?(tips untuk tambah berat badan)
Januari 9, 2013 at 2:03 pm
Jom singgah blog saya.. Leh saya crita 😉
jomsihatseisikeluarga.blogspot.com
November 16, 2009 at 9:49 am
salam.tips nak bg nek kn berat bdn ade x?
November 18, 2009 at 10:08 am
Untuk Hafiz dan Syafiqah… Susun jadual pemakanan. Amalkan pengambilan makanan berat teratur 3 kali sehari disamping beberapa siri makanan ringan. Ambil minuman yang mencukupi. Rajin juga membuat latihan fizikal bagi meningkatkan otot dan meningkatkan juga selera makan.
Fokus pada makanan seperti roti, sayuran, buah-buahan yang mencukupi. Elakkan juga mengambil berlebihan kalori bagi mengelakkan mendapat penyakit. Semoga berjaya.
April 6, 2010 at 2:26 pm
tq…coz slama ne mmg cr tips nak tambah berat bdn
April 6, 2010 at 2:29 pm
lagi satu, sy ne alahan pada makanan laut & ayam…
jadi sy nak tau diet makann yg sesuai utk sy
April 7, 2010 at 1:06 pm
Assalamualaikum Greensoul,
Sekiranya kamu mengalami allergik dan alahan kepada sesetengan makanan laut dan sebagainya, kamu perlu mengelakkan daripada mengambil makanan tersebut. Perlu diingatkan juga bahawa dengan menggoreng makanan laut juga tidak boleh mengurangkan kesan allergik pada tubuh.
Kamu boleh mengambil suplemen vitamin C untuk membantu tubuh melawan tindak balas allergik dan alahan. Beberapa jenis supplemen lain juga boleh diambil untuk mengurangkan kesan alahan seperti Quercetin. Quercetin boleh juga diperolehi dengan meningkatkan pemakanan buah epal dan bawang merah.
November 20, 2009 at 7:12 am
tenkiu.mama kem salam kat kamu n abg.blajar rajin2 katenye.
November 25, 2009 at 8:54 am
Sampaikan salam buat cikgu Maznah juga ya. Lama tak berjumpa dengannya.
Februari 16, 2010 at 6:14 pm
ade x petue nk cpt kurus???????
yg paleng cpt?????????
hihi
aku jeles ngok kwn aku kurus
hoho
Januari 9, 2013 at 2:05 pm
Ada! kurus secara sihat & badan xmenggelebeh.. Visit my blog 😉
April 20, 2010 at 5:13 pm
This is my first visit here, but I will be back soon, because I really like the way you are writing, it is so simple and honest
Mei 24, 2010 at 3:22 am
Slm. sekadar berkongsi ilmu buat yg ingin tahu,
pengurangan 500kcal (kalori) sehari dpt mengurangkan 0.5kg dlm masa seminggu & the other way around utk meningkatkan berat badan 🙂
FOC consultation boleh diberi..hehe..
Mei 31, 2010 at 7:23 am
benarkah stress pun boleh buat kita cpt kurus? ya kot..bila asyik dok pendam, fikir masalah
Jun 28, 2010 at 12:14 am
Assalamualaikum Ady Afiza.
Stress dikaitkan dengan kenaikan berat badan melalui beberapa cara :
1. Cortisol, hormon stres yang dirembeskan akan melambatkan proses metabolisme tubuh dan akan meningkatkan berat badan seseorang.
2. Seseorang yang sedang dilanda stress lebih cenderung untuk mengambil makanan yang lebih manis, bergula, berlemak dan ini semua akan menyebabkan juga peningkatan berat badan.
3. Stress yang yang berlebihan juga akan menyebabkan tubuh kita menyimpan lemak secara berlebihan daripada kuantiti normal.
4. Sesetengah orang yang stress juga lebih mudah untuk mengambil kuantiti makanan-makanan ringan secara berlebihan untuk menghilangkan stress.
Jun 23, 2010 at 11:29 am
saye nak diet tapi tak boleh coz jatuh hati dgn makanan .
haaa ~
but saye nak tanye sesuatu kalau 50 berat tak ???
Jun 28, 2010 at 12:28 am
Assalamualaikum Gaga.
Berat badan yang ideal perlu dikira menggunakan sistem kiraan BMI (body mass index).
BMI = berat (kg) / tinggi (meter kuasa dua)
Underweight = <18.5
Normal weight = 18.5-24.9
Overweight = 25-29.9
Obesity = 30 atau lebih
Jun 26, 2010 at 3:53 pm
terima kasih kerana bg tips nih..
i hope ezairy will success in ur life…
Jun 29, 2010 at 7:55 am
terima kasih untk tip yg saudara berikan sye akn cbe
Julai 11, 2010 at 4:48 am
assalamualaikum…
sy ad masalah dgn mknn..
sjk akhir2 ni, xblh nk mkn sgt…
klu mkn, bdn jd xselesa…
perut senak
plus, kepala jd pening…
nape erkh?
September 20, 2010 at 8:20 am
Salam…
tips yang bagus. Apa pun kena ada penyokong dan pembantu yang akan tolong kontrol semua nya dilaksanakan dengan berkesan. Kalau harap diri sendiri ish….kut payahlah nanti terlupa dan terlajak…
Oktober 12, 2010 at 7:02 am
Salam Ezairy.
any advice on food consumption for those yang wheelchair bound? exercise?
History: She had an accident last 3 yrs. Right limb, below knee been amputated. Urgently need to loose weight in order to walk again by using prosthetic.
Jazakallah.
Oktober 13, 2010 at 2:00 am
Waalaikumussalam Puan Zuhana.
Langkah yang biasa digunakan untuk mengatasi masalah pengawalan berat badan bagi wheelchair bound ialah dengan pengawalan diet. Kebanyakan mereka mengalami pertambahan berat badan disebabkan oleh berlebihan diet makanan harian disamping kurangnya aktiviti senaman.
Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian. Ini sangat penting. Pastikan juga mendapat bekalan air yang cukup di dalam tubuh. Seelok-eloknya lapan gelas sehari.
Suka juga untuk saya nyatakan bahawa pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, mengandungi lemak, makanan bergoreng juga hendaklah dikurangkan.
Lakukan juga senaman dan exercise yang sewajarnya bagi mengekalkan kecergasan serta kesihatan fizikal.
Disember 3, 2010 at 11:59 am
berapa bulan boleh kuruskan badan…..
Disember 12, 2010 at 12:58 pm
Saya nak turunkan 10kg, payah sangat la. Ikut tips ni, tapi selera makan bukan main lagi.Cam ne ek.
Disember 14, 2010 at 4:55 pm
Assalamualaikum ct,
Cuba aktifkan gaya hidup anda. Tidak semestinya dengan senaman-senaman berat. Golongan yang aktif bekerja, mereka akan seronok menjalani kerja rutin seharian mereka. Rancang jadual harian anda dengan lebih sempurna, lebih aktif. Jadikan ianya lebih padat, anjal, dinamik dan penuh dengan pelbagai aktiviti.
Elakkan pengambilan makanan yang berat, khususnya di waktu malam. Makan malam sebelum jam tujuh petang, itu sebaiknya. Makan dalam kekerapan yang sama setiap hari dalam kuantiti yang sedikit. Kurangkan segala jenis makanan yang tinggi nilai kolesterol.
Disember 14, 2010 at 6:08 am
saya mempunyai seorg anak gadis berusia 20 thn..kemusykilan saya..beratnya hanya 35kg dgn ketinggian146 cm adakah ianya normal bagi anak gadis? Selera makannya…pantang jumpa…x penah tolak……
Januari 25, 2011 at 7:22 am
trima kasih coz bgi tips ni… i will try..
Februari 28, 2011 at 3:55 am
knape bdn sye naik…????sdgkn sye cume mkn nasi…sye xtdk mengamalkan langsung mkn makan ringan….dan betol ke makan slps pkul 7 ptg akan menaikkan brt bdn….?
Mac 7, 2011 at 8:29 pm
i nak cuba tapi…i boleh diet penuh sehari tapi bila dah malam,i x boleh tahan lapar..i rasa nak makan masa tu jugak…tolong saya ..i nak kurang 50 kilo dalam masa 8 bulan..tolong saya…
Julai 5, 2011 at 12:35 pm
REFLEKSI DIRI MEMBIMBANGKAN ANDA?
INGINKAN BENTUK BADAN YANG CANTIK DAN LANGSING?
DAPATKAN SET SAUNA PERIBADI ANDA DISINI!
we accept orders for entire malaysia
delivery within 1 day to your doorstep
1 year warranty and services for all products
untuk keterangan lanjut sila layari saunabeauty.com
Julai 23, 2011 at 7:45 am
saya mempunyai berat 92.. sye seorang yg sng naek brt bdn tp ssh trun.. bantulah sy untk atasi mslh sy.. dan mcm mne sy nk mencapai thp ideal dgn ketinggian saya 154cm.. huhuhu… please help me..
September 15, 2011 at 6:28 pm
salam,
thank dengan nasihat yg diberi…sy x ad mslh kegemukn..cuma ad sedikit mslh perkumpulan lemk di kwsn yg tak diingini..bagaimana ya ingin menghakis lemk2 tu selain bersenam??kerana,saya kekangan masa untuk bersenam..terima kasih..harap dapat maklum balas..
September 15, 2011 at 6:34 pm
salam
sm bgaimana pulak untuk hilangkan sembab di keliling mata??
saya ni jenis yg tidak boleh terlebih tidur dan terkurang tidur..
susah untuk saya mendapatkn tidur yg mencukupi kerana kehidupan di hostel tidk sama dengan asrama..kadang2 rakan2 saya selalu tegur mata saya nampak tidak bermaya dan hitam di bawah mata..bagaimana ya mahu menghilangkan nya???
Februari 27, 2012 at 10:48 am
Saya pengen kurus, dan cara diet yang sehat.
April 29, 2012 at 12:40 pm
go…go…go…
Mei 23, 2012 at 11:53 am
mmm..mudahjerrr… krgkn makan b’lbihan and bykkn b’senam…-_-`~
Jun 17, 2012 at 4:27 am
Aiii…..mia nk tanye..mia selalu x penah mizz …mlm mmg jarang makan….tp berat susah sangat nak turun….
Oktober 14, 2012 at 1:47 pm
Assalamualaikum,
saye b’usia 13 tahun…saya tidak mengalami sbrg mslh kegemukan … saya boleh d’kategorikan berbdn normal tetapi saye mengalami mslh buncit…apa yg patut saya lakukan ? Harap dapat membantu …
TQ 😀
November 11, 2012 at 1:01 pm
klu camtu nk try arhhhh……………………….
Julai 4, 2013 at 6:02 am
Thanks for sharing your thoughts about food
delivery. Regards
Ogos 2, 2013 at 6:28 pm
Very informative post. Let me share 1 interesting video berkaitan dengan topik diet ni. Ini slot dari program bual bicara ABCTV di USA. Just go and watch at http://tinyurl.com/kwuwuqu
September 19, 2013 at 6:54 am
thanx for sharing… bgus sangat..ilmu yang ditinggalkan utk dimanfaatkan ramai, insyallah akan mendapat ganjaran Allah S.W.T.
Ogos 28, 2013 at 3:37 am
y saya mo turun berat badan susah bgt
sy klo mkn gk bgt
cm minum yg bergas itu suka bgt gmn crny mnghindari sgl minuman itu