ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar hari anda? Apa cerita Jumaat anda? Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.
Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya.
Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.
Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.
Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang!
1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…
April 23, 2010 at 9:01 am
tolong sertakan sekali dengan surah al-quran berkenaan kelebihan hari jumaat
September 23, 2011 at 2:11 am
Ramai insan suka meminta-minta. Carilah ilmu sendiri, cari ilmu di dalam AlQuran, jika tidak disebut, baca kitab-kitab hadis serta ijma’ dan ijtihad para ulamak. Jangan baca AlQuran sahaja, baca sumber-sumber fatwa dan hukum hakam dari sumber-sumber yang berkenaan.
Dalam Islam tiada kes ‘spoon feeding’. Orang yang mencari ilmu tinggi darjatnya, orang yang malas, tidak berjaya.
April 22, 2012 at 4:18 pm
malam jumaat malam yg istimewa,,,,hari jumaat lagi istimewa utk kita sama sama menafaatkan ..insyallah
Julai 23, 2010 at 4:50 am
Muga aku mati sebagai seorang shahid pada hari jumaat.
Julai 23, 2010 at 11:38 am
inagt kiamat ingat jumaat….
Ogos 30, 2013 at 8:33 am
Ingat Jumaat, ingat kiamat…
Oktober 8, 2010 at 5:38 am
suatu artikel yg baik.. cuma, kena usaha utk ters di share ke facebook sbb kt itu ramai pengguna, jadi, lebih byk org bole sedar tentang kelebihan penghulu segala hari ni…
InsyaAllah~
November 5, 2010 at 11:52 am
mohon share
November 19, 2010 at 3:43 am
maaf… tapi kenapa byk orang takut pada mlm jumat?
Disember 16, 2010 at 5:38 pm
mohon share dlm blog saya..
Januari 21, 2011 at 1:28 am
mohon utk share dgn yg lain…semoga ilmu ini akan trus mndpt manfaat buat semua
Januari 21, 2011 at 8:20 am
salam…mohon share di blog saya yer…^__^
Januari 28, 2011 at 2:18 am
Salam, saya sharekan di fb ye…TQ
Januari 29, 2011 at 6:40 am
Ayo manfaatkan hari jumat
Februari 20, 2011 at 3:00 pm
SALAM…SORILAH DAH CURI..BOLEH KAN?
Mac 4, 2011 at 12:41 am
mohon share
Mac 11, 2011 at 8:23 am
minta share. 🙂
Mac 18, 2011 at 5:35 am
Minta share 🙂
April 1, 2011 at 4:49 am
mintak share dekat blog bole ? trime kasih !
April 1, 2011 at 10:46 am
Sya berharap dapat membuat kebaikan seblm pergi menemui Allah,jika perlu bantuan saya utk berjihad
sila hubungi saya dgn menghantar ke email saya
Julai 29, 2011 at 8:43 am
Saya share dalam blog saya yek!
Disember 4, 2012 at 6:04 am
sepatutnya semua negara Islam dan umat Islam menjadi hari Jumaat sebagai hari minggu atau cuti umum bukan hari Sabtu (Yahudi) atau Ahad (Kristian)
Januari 18, 2013 at 9:50 am
betul tu, buat masa ni, Kelantan antara yang cuti hari jumaat.
Ogos 5, 2011 at 5:56 am
saya nak share boleh
Oktober 24, 2011 at 8:17 am
mohon share
Oktober 28, 2011 at 2:08 am
indahnya Jumaat.. 🙂
Oktober 28, 2011 at 7:52 am
MOHON SHARE
Disember 9, 2011 at 8:47 am
mohon share di FB ya
Januari 6, 2012 at 6:34 am
mohon share
Mac 9, 2012 at 12:46 am
mintak syer..tq..
Mac 16, 2012 at 4:03 am
saudara mntk share ye
Mac 23, 2012 at 6:00 am
saudara/saudari mintak share ya
April 6, 2012 at 4:31 am
SubhanALLAH…
April 6, 2012 at 5:12 am
Salam..SubhanAllah..
April 6, 2012 at 5:14 am
rmi yang xtau kelebihan hari jumaat..InsyaAllah dgn perkOngsian ini yg xtau kelebihan hari jumaat akn menjadi tahu,,smga kita sama2 sebarkan..amin
Julai 20, 2012 at 2:17 am
salam alaik, mohon share di fb saya.
Oktober 5, 2012 at 2:44 am
mohon share..tq
Oktober 12, 2012 at 4:37 am
perkara yangbaik, mohon share
Oktober 19, 2012 at 4:04 am
As Salam, sangat bermanfaat. Mohon share di fb.
Januari 17, 2014 at 9:08 am
Wow! After all I got a blog from where I know how to really obtain helpful data regarding my study and knowledge.
Januari 17, 2014 at 9:28 am
as salam..gud sharing..sngt bermanfaat…tq
Ogos 31, 2014 at 9:02 pm
What’s up, just wanted to tell you, I liked this blog post.
It was funny. Keep on posting!