Kita sering mendengar cerita daripada rakan mahupun sedara terdekat berkenaan tajuk yang saya sebutkan diatas. Gegendang telinga bocor. Bahaya atau tidak?
Bagaimana gegendang telinga boleh mengalami kebocoran? Telinga kita terdiri daripada beberapa bahagian yang penting. Selain berfungsi sebagai organ pendengaran, telinga kita juga memainkan peranan dalam rgan keseimbangan tubuh kita.
Jadi berdasarkan pentingnya peranan yang dimainkan oleh telinga,kita seharusnya menggunakannya dengan sebaik yang mungkin. Bagaimana?
Ramai di kalangan pesakit saya di klinik yang sering mengamalkan tabiat mengorek telinga mereka terutama apabila mengalami kegatalan yang teramat sangat. Tabiat mengorek telinga sama ada menggunakan cotton bud ataupun instrument lain sebenarnya boleh mengundang bahaya.
Saya memang tidak menggalakkan pesakit saya melakukan perkara tersebut. Instrument yang digunakan tersebut boleh mengakibatkan kecederaan pada telinga termasuk gegendang. Perkara seperti itu juga akan mengakibatkan gegendang telinga anda bocor!
Jangkitan juga boleh berlaku di dalam telinga termasuk pengumpulan cecair nanah sama ada otitis media ataupun otitis externa.
Bolehkah gegendang telinga yang sudah bocor tertutup semula? Untuk usia kanak-kanak ataupun kebocoran yang kecil, lubang tersebut boleh heal dan tertutup kemudiannya.
Walaubagaimanapun kebocoran yg besar, pembedahan myringoplasty untuk menampal bahagian gegendang yg bocor tersebut boleh dilakukan.
Pesakit yang mengalami masalah kebocoran gegendang telinga mungkin mengalami beberapa kesan sampingan seperti kurang sedikit deria pendengaran di bahagian telinga yang terlibat, mungkin juga mengalami cecair yang kerap keluar dari telinga tersebut.
Oleh itu, pesakit-pesakit tersebut perlu memastikan telinga mereka tidak dimasuki air bagi mengelakkan berlakunya jangkitan terhadap gegendang telinga tersebut.
Julai 13, 2017 at 8:44 pm
kalau gegendang telinga berlubang besar dan tidak melakukan pembedahan, sekadar hanya memakai ubat titis yang diberikan doktor, adakah ia masih berbahaya?
September 6, 2017 at 6:45 am
Perlukah saya segera pergi ke klinik berhampiran?
Jun 22, 2018 at 7:05 pm
Aslkm Dr….
Sya baru disahkn oleh Doc di hospital mengalami kebocoran pada gegendang telinga sya…ada cecair nanah keluar 4 hari yg lepas…sblm nye sye pergi ke klinik n doc bg ubat antibiotik n ubat titis…tp cecair berlarutan keluar…sya pergi ke hospital…cuci n doc kata hampir 50% bocor…doc hosptl juga bagi antibiotik n ubat titis n doc kata boleh sembuh dgn sendiri…
Sya nak bertnye dgn Dr…brpe lama kah masa utk telinga sye sembuh…adakah telinga sya dpt sembuh tanpa ubatan lain…adakah ubatan lain yg dpt membantu mpercepatkn telinga sya utk sembuh.
Minta bantuan Dr…
Terima kasih.
Ogos 26, 2018 at 5:26 pm
Assalamualaikum doc. Saya nk tye boleh ke sekiranya telinga saya elok semula tanpa mengambil apa2 jenis ubat seperti antibiotik. Adakah telinga saya akan kena infection? Mohon doc tlg bantu sya.
Terima Kasih
April 25, 2019 at 11:57 am
doctor x jawab pun soalan..saya pun nak tahu jugak
Ogos 11, 2019 at 7:01 pm
Saya nak bertanya .anak saya gegendang telinga pecah perlu buat operate @ tidak