SAYANG menarik sayang. Benci menarik benci. Wah, menarik sungguh ungkapan ini? Semacam suatu kalimah keramat!
Mengapa sampai berlaku adegan tarik-menarik ini. Apakah benar semua yang diungkapan itu?
Suka lawannya benci. Benci pula seterunya suka.
Aduh, betapa pusing memikirkan kata-katamu ini, SangMentari?
Ya, setiap kali kita melemparkan rasa emosi kita kepada seseorang itu, secara tidak langsung gelombang emosi ini akan sampai kepada mereka. Jelas namun kekadang itu sukar untuk ditafsirkan.
Mudahnya begini. Pernahkah anda terfikir mengapa setiap kali anda berhadapan dengan apa-apa konflik, ingatan anda terus terarah kepada keluarga. Atau mungkin terjurus kepada Dia Yang maha Esa? Pernah terfikir sebelum ini?
Secara realitinya mengikut kajian pakar-pakar psikologi, tatkala kita teringat kepada seseorang, sebenarnya kita telah menghantar suatu arus gelombang kepada individu tersebut. Dan apabila gelombang itu sampai kepadanya, secara tidak langsung dia akan turut menghantar gelombang yang sama kepada anda.
Masih kurang jelas? Baiklah, cuba hayati dialog di bawah. Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini:
Eton : Eh, Munah… kau apa khabar? Lama tak dengat citer.. rindu aku kat kau..
Munah : Oh, Eton. Kau pun teringatkan aku? Baru semalam aku termimpikan engkau. Lama benar tak dengar khabar dari kau. Aleh-aleh, hari ni boleh jumpa kau.
Ha, pernah alami situasi seperti ini? Kalau tidak pernah sekalipun, pasti anda pernah menjumpainya dalam beberapa slot rancangan di televisyen.
Contoh mudah yang lain ialah apabila kita sentiasa teringatkan keluarga, ibu dan bapa di kampung halaman. Mengapa ya kita sering kali berasa amat rindu dan teringat akan mereka semua? Kenapa tidak kepada mereka yang lain. Kawan-kawan, teman-teman atau siapa sahaja. Mengapa seringkali si ibu dan bapa?
Tatkala itu sebenarnya ibu dan bapa anda turut menghantar gelombang rindu itu, terus kepada anda dan anda secara tidak langsung turut merasa rindu tersebut. Aduh, tidakkah ini suatu anugerah besar dari Tuhan?
Begitu juga konsepnya dalam apa juga bentuk komunikasi dalam persahabatan. Terkadang itu kita berasa kurang percaya kepada seseorang. Tidak yakin pada kemampuannya. Mungkin juga tidak mahu percaya kepada kejujuran dia. Percayakah anda bahawa ketika itu anda juga sedang mempengaruhi individu itu untuk tidak meyakini kemampuan dan juga keikhlasan anda?
Justeru, jangan cuba-cuba untuk menghantar gelombang benci. Kalau hendak benci, bencilah. Jika mahu sangat marah, marahlah. Tapi jangan lupa bahawa anda juga akan turut dibenci. Kamu juga yang akan nanti dimarah.
Sayang menarik sayang, benci menarik benci!
Mei 29, 2009 at 6:14 am
Yelah, saya pun pernah mengalami situasi seperti dialog tersebut. 😀
Mungkin inilah namanya “The Psychological of Mental Communication” 🙂
Mei 29, 2009 at 5:50 pm
Komunikasi ini membentuk hubungan yang akrab dan sukar untuk ditafsirkan oleh mata kasar. Semua ini anugerah Tuhan yang tidak terjangkau pemikiran normal manusia. Berbuatlah baiklah pada semua orang, kita akan mendapat balasannya juga suatu hari nanti!
Mei 29, 2009 at 9:53 am
Setuju! Saya akan mula menghilangkan rasa benci pada mereka yang pernah dibenci. Oh, jahatnya saya. >.<
Mei 29, 2009 at 5:48 pm
Ya, Noreena, hilangkanlah benci pada orang lain. Ruginya tidak, namun untungnya pasti. Mengapa perlu terus membenci bukan.
Mei 29, 2009 at 12:21 pm
adakalanya getaran gelombang itu sedikit..sederhana….mungkin juga kuat..biarlah yang kuat itu rasa sayang dan percaya…
p/s: oh..sedang cuba menghantar gelombang…(^_^)
Mei 29, 2009 at 5:55 pm
Setiap saat manusia menghantar gelombang pada orang yang sering diingatinya. Ibu, ayah, adik-beradik atau sesiapa pun sahaja. Pancarkanlah gelombang positif, PermataNusantara. Kamu akan mendapatnya semula!
Mei 31, 2009 at 10:31 am
Saya mahu menghantar gelombang senyum kepada sangmentari. Boleh? 🙂
Mei 31, 2009 at 10:57 pm
Sudah tentu boleh akhi. Silakan. Nescaya akan disambut senyuman itu dari sini… Senyum juga menarik senyuman!
Mei 31, 2009 at 1:34 pm
Cintailah orang kalau kita hendak orang mencintai kita..hehe.BTW.dah buat tag arituh.ade kat blog
Mei 31, 2009 at 10:59 pm
Oh, betul itu Farid. Hendak dicintai, perlulah juga mencintai bukan.
p/s terima kasih jawab tag dari sini. Selamat menempuh peperiksaan!
Jun 1, 2009 at 8:58 am
oh ada betulnya ayat itu!
tapi pernah terdengar ayat ini
jangan terlampau benci, nanti benci berubah jadi sayang
jangan terlampau sayang, nanti sayang berubah menjadi benci.
Jun 3, 2009 at 5:23 pm
Ya, Pudingcaramel. Dalam segala hal pun, sebaiknya bersederhanalah. Bukankah itu yang dianjurkan oleh agama kita. Jangan terlebih sayang, takut nanti menjadi benci yang teramat suatu hari nanti. Semoga setiap tindakan kita dipandu olehNya kerana itu yang lebih utama.
Jun 2, 2009 at 4:29 am
korang ni baru baca the secret ke apa?
Jun 3, 2009 at 5:25 pm
The secret? Boleh bagi pinjam? Belum lagi berkesempatan untuk membacanya.